KLIA diiktiraf antara 9 lapangan terbang terbaik dunia

KLIA diiktiraf antara 9 lapangan terbang terbaik dunia

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dinobatkan sebagai antara sembilan lapangan terbang terbaik dunia menerusi tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) bagi suku keempat 2021.

Pengiktirafan oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) itu adalah bagi kategori melebihi 40 juta penumpang tahunan dengan skor 5.00 dan ia adalah petanda aras lapangan terbang terbaik dunia dari segi kepuasan pelanggan keseluruhan bagi keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan.



Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (Malaysia Airports), Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, sejak beberapa bulan lalu KLIA mula menerima peningkatan penumpang yang ketara.

“Berada pada kedudukan pertama bersama sembilan lapangan terbang utama yang lain adalah satu pengiktirafan buat negara.

“Kami juga bersedia untuk menerima kehadiran pelancong sebaik sahaja sekatan perjalanan dibuka kelak,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, biarpun sekatan perjalanan udara belum dibuka namun, prestasi kumpulan banyak dibantu penerbangan domestik malah seramai 2.5 juta penumpang direkodkan bagi penerbangan domestik yang mewakili 90 peratus daripada perjalanan penerbangan keseluruhan bulan lalu.



Menurutnya, pembukaan semula inisiatif Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Malaysia dan Singapura dan penerbangan umrah juga akan merancakkan semula segmen perjalanan antarabangsa. K Online

KLIA diiktiraf antara 9 lapangan terbang terbaik dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini



BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker