Bukan cadangan pecat PM – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menegaskan tiada cadangan undang-undang baharu untuk pemecatan Perdana Menteri, sebaliknya hanya menyarankan penambahbaikan dalam memberi ruang masa perbahasan Usul Tidak Percaya oleh Ahli Parlimen.

Wan Junaidi berkata, temubualnya bersama media, semalam adalah mengenai cadangan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat (Standing Orders) Dewan bagi penambahbaikan proses sedia ada.

Katanya, ia merujuk kepada perbahasan Rang Undang-undang daripada ahli yang bukan ahli Kerajaan (Private Bills), Usul Tidak Percaya dan Usul Mengemukakan Pendakwaan atau Pertuduhan (Impeachment), agar mendapat



keutamaan masa dibandingkan masa perbahasan Rang Undang-Undang Kerajaan (Government Bills).

“Ingin saya tegaskan bahawa cadangan utama saya adalah untuk menggubal peraturan baharu di dalam Dewan yang memberi ruang masa perbahasan Usul Tidak Percaya dan Usul Mengemukakan Pendakwaan atau Pertuduhan (Impeachment) oleh ahli Parlimen tanpa melalui proses yang rumit dan panjang.

“Cadangan itu bukan penggubalan undang-undang baru untuk pemecatan Perdana Menteri seperti yang dilaporkan oleh beberapa media,” katanya, dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, Wan Junaidi mencadangkan penggubalan undang-undang yang membolehkan Perdana Menteri didakwa dan dipecat atas salah laku.



Beliau berkata, berkata ketika ini negara tidak mempunyai undang-undang yang membenarkan pendakwaan terhadap Perdana Menteri dan itu harus diperkenal.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu juga berkata, negara seperti United Kingdom (UK) mempunyai undang-undang berkenaan.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, proses sedia ada bagi cadangan perbahasan usul di Dewan Rakyat bagi selain Rang Undang-Undang Kerajaan (Government Bills) adalah melalui notis 14 hari atau lebih dan proses ini harus ditambahbaik.

“Ini agar usul-usul lain selain Rang Undang-Undang Kerajaan (Government Bills) yang menepati syarat perbahasan dan Peraturan Majlis Mesyuarat ini mendapat keutamaan ruang masa dan dibincangkan secara komprehensif oleh ahli Parlimen.



“Ia juga bertepatan dengan komitmen saya kepada Perdana Menteri bahawa saya akan menjalankan beberapa penambahbaikan dan pembaharuan proses tatakerja di Parlimen Malaysia ketika memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

“Sebagai contoh saya juga ingin memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen yang akan membantu pentadbiran dan pengurusan di Parlimen Malaysia secara amnya,” katanya.

Jelasnya, cadangan dan saranan penambahbaikan dan pembaharuan ini akan dibincangkan bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat di Mesyuarat Jawatankuasa bersama untuk pembaharuan Parlimen yang bakal diadakan dalam masa yang terdekat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf



Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun



Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker