Main TikTok selepas nikah

Sebaran :

Main TikTok selepas nikah

Main TikTok selepas nikah

Jakarta: Seorang suami hanya terkedu melihat isteri menari di hadapannya selepas majlis pernikahan mereka, Sabtu lalu.

Tribunnews melaporkan, pengantin perempuan bernama Mega Budi Hardiana, 24, dari Jawa Tengah, Indonesia itu menari dan memuat naik video berkenaan di platform TikTok.

Menerusi video itu, Mega asyik menari sambil disaksikan suaminya, Willy Saputra, 24.

Mega turut mengusik suaminya dengan membuat aksi menggoda dan video itu menjadi tular hingga meraih lebih 3.2 juta tontonan.

Menurut Mega, dia memang gemar menari dan aktif menggunakan TikTok untuk menghilangkan tekanan.

“Saya memang suka menari, malah daripada dahulu saya suka main TikTok.

“Aplikasi itu bukan saja menyeronokkan, namun membantu saya menghilangkan tekanan,” katanya.

Bagaimanapun Mega berkata, suaminya tidak menari bersama di dalam video itu kerana dia pemalu.

Namun, suaminya tidak terkejut melihat kelakuan itu kerana memahami hobi dan kesukaan si isteri.

“Suami izinkan kerana apa yang penting melihat saya gembira.

“Cuma, saya tidak bercadang merakam dan memuat naik video pada hari berkenaan.

“Tetapi saya melakukannya bagi memenuhi permintaan pengikut yang mahu melihat saya bergandingan dengan suami,” katanya.

Main TikTok selepas nikah


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Polis hanya terima surat dari kementerian dan agensi ini sahaja



Sebaran :

Leave a Reply