Kerajaan perlu perjelas pampasan HSR kepada Singapura

Kerajaan perlu memberi penjelasan terperinci berhubung pembayaran pampasan berjumlah lebih RM320 juta untuk pembatalan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) kepada Singapura.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok, S. Ramakrishnan berkata, pembayaran itu hanya diketahui setelah Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung membuat makluman di laman web kementeriannya, baru-baru ini.

“Apakah sebab pemerintah Malaysia tidak mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memberitahu rakyat mengenai pembayaran ganti rugi ini.

“Semua persoalan ini mewujudkan prasangka buruk dan kekeliruan dalam kalangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pada 1 Januari lalu, Malaysia dan Singapura memutuskan Projek HSR dibatalkan selepas tempoh penangguhan projek itu berakhir.-UM

Batal HSR: Malaysia bayar ganti rugi RM320 juta kepada Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker