Batal HSR: Malaysia bayar ganti rugi RM320 juta kepada Singapura

PETALING JAYA: Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM320,270,519.24 kepada Singapura kerana membatalkan projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR), kata kerajaan kedua-dua negara dalam kenyataan.

“Jumlah ini penyelesaian penuh dan akhir berhubung pembatalan perjanjian dua hala itu,” kata Kementerian Pengangkutan Singapura dan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Katanya, Malaysia membayar balik kos yang ditanggung Singapura bagi pembangunan projek HSR, dan berhubung lanjutan penggantungan projek itu.



“Kedua-dua mencapai suatu persetujuan secara persahabatan mengenai jumlah bayaran itu susulan proses penentusahan oleh kerajaan Malaysia.”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker