Polis siasat identiti ‘Mr H’ terkait video Agus-Wahab

Polis siasat identiti ‘Mr H’ terkait video Agus-Wahab

Polis masih menyiasat identiti ‘Mr H’ didakwa mempunyai kaitan penyebaran video tular membabitkan bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff dengan individu dikenali “Wahab”.

“Perkara itu masih dalam siasatan dan polis akan memanggil semua yang terlibat dalam kes ini,” kata Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.



Beliau turut mengesahkan telah mendapat keterangan daripada Agus.

Semalam, Agus yang meletak jawatan ketua pengarah J-Kom, Khamis lalu mendakwa video perbualan tular yang dikaitkan dengan dirinya sebagai disuai pinda dan disunting.

Beliau mengkritik penularan video tersebut, mengatakan pihak tertentu menggunakan tuduhan seksual terhadapnya.

“Wahab” yang diperkenalkan sebagai individu lain dipaparkan dalam video tular tersebut dikenal pasti sebagai Abdul Wahab Abdul Kader, yang bekerja di J-Kom sebagai pembantu pegawai komuniti daerah.



Beliau menyokong dakwaan bahawa video tersebut disunting, oleh pihak yang cuba menjatuhkan reputasi Agus, selain mendakwa komplot itu “didalangi oleh individu-individu berjawatan tinggi di dalam J-Kom”.

Salah seorang daripadanya dikenali ‘Mr H’.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan J-Kom Muhamad Hakim Ramlee yang didakwa ‘Mr H’ menafikan dakwaan dibuat seorang penulis blog.

“Tuduhan ini sangat random (rambang), saya pun tak tahu. Tiba-tiba (dikaitkan dengan Mr H), macam mana boleh naik saya sebagai Mr H?” katanya. FMT



Polis siasat identiti ‘Mr H’ terkait video Agus-Wahab

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker