Siapa terlepas tengok Musytari kena tunggu 107 tahun lagi

Siapa terlepas tengok Musytari kena tunggu 107 tahun lagi

Beberapa pengguna media sosial berkongsi pengalaman mereka ketika melihat Planet Musytari ketika berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi malam tadi.

Fenomena tersebut yang dikenali sebagai istiqbal difahamkan akan terjadi selang 107 tahun.

Dalam kejadian itu, permukaan Musytari yang menghadap Bumi akan disinari sepenuhnya oleh Matahari yang menyebabkannya menjadi lebih terang berbanding pada kedudukan lain.
“Masya-Allah malam tadi sambil menonton Master Celebration dan sambil menikmati taburan bintang-bintang, langit sangat cerah.

“Planet Musytari sangat jelas terang benderang di angkasaraya sebelah timur. Terang sangat, nampak macam kapal terbang sahaja kerana ia terlalu terang. Cuma ia tak berkelip,” kata Lyna Noh menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyatakan bahawa planet terbesar dalam sistem suria itu akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi pada 26 September (semalam).

“Musytari akan berada pada jarak 587 juta kilometer dari Bumi yang mana merupakan kedudukan paling hampir,” jelasnya. K Online

Siapa terlepas tengok Musytari kena tunggu 107 tahun lagi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker