Perhimpunan Agung UMNO, PAS Masih Belum Terima Jemputan Rasmi

 

Pemimpin kanan PAS memaklumkan belum ada sebarang maklumat mengenai jemputan daripada Umno untuk menghadiri perhimpunan agung Umno (PAU), yang bakal berlangsung akhir bulan ini.

Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat surat jemputan daripada parti yang juga rakan Muafakat Nasional (MN) itu.



“Setakat ini belum ada maklumat. Saya tak pasti sama ada surat ada ke tak (dihantar ke PAS pusat) sebab saya sendiri tak ada maklumat.

“Kita belum terima jemputan untuk menghadiri perhimpunan itu. Cuma kebiasaannya kalau ada jemputan, ia akan dihantar kepada PAS pusat. Jadi PAS pusat yang akan menentukan siapa-siapa yang akan hadir,” katanya ketika ditemui media pada program Imunisasi Covid-19 peringkat negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Umno akan mengadakan PAU kali ke-74 pada Sabtu dan Ahad ini yang akan berlangsung secara kombinasi bersemuka dan maya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Sebagai rekod pentas PAU buat julung kali menerima kehadiran wakil PAS melalui presidennya Abdul Hadi Awang, pada perhimpunan ke-73, 6 Dis 2019.



Ia selepas termeterainya piagam MN antara dua parti yang sekian lama menjadi seteru dalam kancah politik negara.

Jika muktamad tolak PPBM, Jangan ‘Khianat’ Kekal dasar ‘No Anwar, No DAP’ – Pemuda UMNO

Sementara itu dalam perkembangan lain Mohd Amar turut turut mengulas berhubung hasrat parti itu supaya diadakan persempadanan semula bagi menambah kawasan pilihan raya.



Jelasnya, cadangan itu sudah lama dilontarkan oleh PAS khususnya bagi menambah kerusi-kerusi majoriti Melayu iaitu sejak Dr Mahathir Mohamad menerajui negara pada zaman BN.

“Sebab pertama persempadanan semula kerana pertambahan pengundi terutama di sebelah Pantai Timur iaitu Kelantan dan sebahagiannya di Kedah, Pahang dan Terengganu.

“Satu kawasan parlimen itu, jumlah pengundinya sehingga 80,000 orang, jadi dari segi wakil rakyat nak menjaganya, menjadi satu beban. Biasa dalam 20,000 sehingga 30,000 orang dan paling ramai 40,000 pengundi.

Perhimpunan Agung UMNO Diteruskan, MKN Beri Lampu Hijau



“Jadi, sejak dulu lebih pada 10 tahun lepas lagi, kita sudah mencadangkan ketika pemerintahan Dr Mahathir supaya dibuat semakan dan persempadanan semula,” katanya.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, PAS mencadangkan supaya ditambah kerusi di kawasan yang majoriti Melayu supaya mempunyai wakil rakyat Melayu lebih ramai di Parlimen.

“Cadangan ini kita dah buat lama, tetapi tidak pernah diambil kira kerajaan. Kita harap ia diberi pertimbangan sebab sekurang-kurangnya ia boleh menyeimbangkan kerusi (Melayu) di parlimen,” katanya.



Terdahulu perkara itu dilontarkan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali, yang menyatakan harapan agar Perikatan Nasional dapat memenangi dua pertiga majoriti pada PRU15.

Kemenangan besar itu katanya, akan membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya dapat dilakukan.

Adun Amanah nafi ‘Romen’ wanita PKR



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker