Saya tak sanggup guna kuasa dera orang – Anwar

Saya tak sanggup guna kuasa dera orang – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia memahami keresahan pihak yang mempersoalkan keputusan kes mahkamah Ahmad Zahid Hamidi, termasuk yang dilemparkan Presiden Muda Syed Saddiq Abdul Rahman.

Namun, katanya, keputusan kes berkenaan bukan dalam “bidangnya” dan kenyataan Syed Saddiq “mengugut” menarik balik sokongan terhadap kerajaan perpaduan umpama memintanya campur tangan untuk meneruskan pendakwaan terhadap Zahid.

“Saya nak jawab, yang siasat itu kerja SPRM dan polis, yang dakwa itu kerja Peguam Negara, dan yang putuskan, hakim.

“Mengapa saya kata saya faham sedikit sebanyak keresahan ini? Kerana kita warisi sistem yang sedemikian. Bahawa orang politik rakus, zalim, menggunakan kuasa untuk mendera orang.

“Saya lalui proses itu. Sekarang saya perdana menteri, saya tidak sanggup gunakan kuasa begitu rupa,” kata Anwar kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek di Seri Petaling hari ini.

Anwar menegaskan bahawa sejak memegang jawatan sembilan bulan lalu, tidak pernah sekali pun dia campur tangan dalam badan kehakiman.

Pada Selasa, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menuntut penjelasan terperinci daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) Zahid.

Syed Saddiq berkata Muda akan menarik balik sokongan kepada kerajaan perpaduan sekiranya AGC gagal berbuat demikian.

Sekiranya Muda menarik balik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Anwar, ia sekali gus menafikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Kerajaan pimpinan Anwar berkuasa selepas pilihan raya umum ke-15 dengan sokongan 148 Ahli Parlimen, termasuk Syed Saddiq, yang merupakan Ahli Parlimen Muar.

Sementara itu, Anwar juga mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional Selangor Azmin Ali bahawa perjuangan ‘reformasi’ Anwar kini adalah gerakan reformati” (reformasi mati).

“Bermula dengan dialah (Azmin). Dia yang mematikan reformasi. Yang lain masih kekal, Alhamdulillah,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Sept lalu melepas tanpa membebaskan Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding.

Antaranya Dusuki berkata dia menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menghentikan pertuduhan terhadap Zahid dan memaklumkan mahkamah bahawa kes itu hendaklah diklasifikasikan sebagai DNAA.

Dusuki antaranya memberitahu mahkamah bahawa Zahid membangkitkan isu yang amat serius dalam surat representasinya, antaranya berkenaan dakwaan dia menjadi mangsa pendakwaan terpilih kerajaan sebelum ini. Mk

Saya tak sanggup guna kuasa dera orang – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker