Siti Nurhaliza, suami mula tanam ilmu berniaga pada Aafiyah

 

Biarpun usia Siti Aafiyah Khalid baru genap tiga tahun, ia tidak menghalang ibu – yang juga penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza Tarudin – dan bapanya suami Khalid Mohd Jiwa mendedahkan kanak-kanak itu dengan ilmu perniagaan.

Siti Nurhaliza yang mahukan anak sulungnya itu mewarisi empayar perniagaan sedia ada berkata, Siti Aafiyah seorang kanak-kanak mudah dididik, justeru, memilih pendekatan untuk merangsang mindanya dari awal bukanlah satu tugas yang sukar.

Berdasarkan pengalaman mula berniaga kuih-muih sejak kecil, Siti Nurhaliza percaya, Siti Aafiyah boleh mengikut jejak langkahn dia atau suaminya menceburi bidang keusahawanan hingga berjaya.

“Aafiyah tahu saya seorang penyanyi, dia kerap ikut saya buat persembahan. Namun, pada masa sama, saya juga ingin dia tahu ibu dan ayahnya adalah ahli perniagaan.

“Sebab tu saya mahu dedahkan ilmu dan pengalaman pada Aafiyah ketika dia masih kecil. Dulu saya pernah jual kuih dan kini Aafiyah pula berniaga minuman kesihatan.

“Kami nak tengok Aafiyah sambung dan bawa legasi kami suatu hari nanti,” katanya yang ditemui pada majlis 2 Legasi di Cyberjaya baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Siti Nurhaliza, 42, melancarkan produk minuman kesihatan Beaukids. Jenama itu menampilkan Siti Aafiyah sebagai duta, sekali gus mewakili empayar perniagaannya bersama suami, CTDK Holdings. Majlis itu turut meraikan ulang tahun ketiga Siti Aafiyah.

[VIDEO] Sah, Siti Hamil Anak Lelaki – Tahniah

Duta produk sendiri saja

Menurut penyanyi Anta Permana itu, pendekatan psikologi antara kaedah digunakan untuk menanam dan membentuk minat Siti Aafiyah kepada ilmu perniagaan.

Kata Siti Nurhaliza, dia akan menerangkan satu per satu ilmu perniagaan dengan menggunakan cara dan bahasa mudah difahami kepada Siti Aafiyah.

“Jika Aafiyah sukakan sesuatu, dia akan tunjuk selain pamerkan keterujaannya pada waktu tu. Misalnya ketika latihan majlis pelancaran Beaukids, Aafiyah tunjuk dia teruja menyaksikan dewan dipenuhi gambar dan poster wajahnya.

“Syukur, Aafiyah seorang kanak-kanak yang mudah memahami. Saya gembira melihat perkembangannya setakat ini.

“Tidak lupa terima kasih saya pada pengasuh kerana dia banyak membantu meringankan kerja saya selama ni,” katanya.

 

Pun begitu, Siti Nurhaliza dan Khalid berkata buat masa ini penglibatan Siti Aafiyah sebagai duta terhad untuk projek dan produk keluaran syarikat mereka saja serta belum bersedia memenuhi tawaran daripada pihak lain.

Pada majlis tersebut, Siti Nurhaliza turut memperdengarkan single terbaru berjudul Medley Klasik Siti 1 dari album Legasi yang diterbitkan dengan kerjasama Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia.

Album itu dijangka menjengah pasaran pada 1 April ini.

Lebih istimewa, Legasi juga memuatkan lagu dicipta khas Siti Nurhaliza untuk cahaya matanya yang kedua, berjudul Anakanda. Kandungan Siti Nurhaliza itu dijangka lahir bulan depan.

Siti Nurhaliza yang kini hamil lapan bulan berkata, penerbitan single dan album kanak-kanak itu merupakan usahanya untuk melestarikan lagu kanak-kanak klasik supaya terus diingati dan menjadi warisan generasi akan datang.

“Lagu-lagu dalam album ini sering saya nyanyikan sewaktu kecil dan berharap agar ia juga akan didengar dan digemari anak-anak saya pula.

“Apa yang penting ialah mesej disampaikan dalam sesebuah lagu. Anak-anak ni cepat belajar dan memahami. Justeru, dalam lirik lagu kanak-kanak tu saya akan sampaikan mesej yang baik serta berguna,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker