Nik Nazmi bohong Anwar dijemput sertai ‘Langkah Sheraton’, dakwa Khairuddin — MYKMU.NET

Nik Nazmi bohong Anwar dijemput sertai ‘Langkah Sheraton’, dakwa Khairuddin



Sebaran :


Khairuddin Abu Hassan mendakwa, Nik Nazmi Nik Ahmad berbohong apabila memberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput dalam ‘Langkah Sheraton’ yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari tahun lalu.

Kata bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu, beliau tahu apa sebenarnya yang berlaku mengenai peristiwa itu.

Katanya, apa yang dinyatakan Ahli Parlimen Setiawangsa itu adalah satu pendustaan yang tidak boleh diterima sama sekali.



“Nik Nazmi telah buat satu penipuan yang tidak boleh diterima akal fikiran yang waras apabila menyatakan Anwar turut dijemput dalam ‘Langkah Sheraton’.

“Semua yang terlibat adalah kalangan yang tidak mahu menerima Anwar sebagai pemimpin utama negara.

“‘Langkah Sheraton’ adalah untuk menggagalkan dan menyekat perancangan Anwar mengambil alih kepimpinan negara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Baru-baru ini, Nik Nazmi yang juga Setiausaha Organisasi PKR dalam wawancara dengan Malaysia Insight mendakwa, Ahli Parlimen Port Dickson itu pernah ditawarkan untuk menjadi sebahagian daripada ‘Langkah Sheraton’, namun ditolak.

Beliau mendakwa, Anwar tidak sanggup tinggalkan sekutu PH iaitu DAP, kerana penyokong ‘Langkah Sheraton hanya mahukan PKR, bukan DAP.

Menurut Khairuddin, semua pemimpin utama yang merancang dan menggerakkan ‘Langkah Sheraton’ adalah kalangan yang sama sekali tidak mahu bersekongkol dengan Anwar.



“Mereka menolak kepimpinan Anwar secara ekstrim. Jadi, bagaimana Ahli Parlimen Setiawangsa boleh menipu menyatakan ketuanya telah dijemput, tetapi nenolak kerana tidak mahu mengkhianati PH?

“Realitinya, tokoh pemimpin yang dijemput untuk bersama menjayakan ‘Langkah Sheraton’ dan ditawarkan jawatan perdana menteri semula adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Dr. Mahathir yang sebenarnya menolak pelawaan itu kerana tidak mahu bekerjasama dengan kalangan kleptokrat dan tidak mahu mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada PH pada PRU14,” katanya.



Katanya, fakta diberikan Nik Nazmi adalah salah dan tidak tepat sama sekali.

Ujar beliau, jika Nik Nazmi hendak berbohong untuk mencipta ‘political mileage’ untuk Anwar, lakukan secara bijak. MG

Anwar dah jadi PM jika sertai ‘Langkah Sheraton’ – Nik Nazmi


Sebaran :


Leave a Reply