[VIDEO] Sah, Siti Hamil Anak Lelaki – Tahniah

Teka-teki tentang jantina bakal anak kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya terjawab selepas penyanyi nombor satu negara itu membuat pengesahan bahawa beliau kini sedang hamil anak lelaki.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi perkongsian video semasa siaran langsung bersama sebuah platform e-dagang hari ini.

Dalam video tersebut Siti, 41, yang turut ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa meletupkan sebiji belon sebelum terkeluar serbuk berwarna biru yang menandakan jantina bayi dalam kandungannya ialah lelaki.

“Alhamdulillah, moga sihat sempurna dan menjadi anak yang soleh. Allah kurnia sepasang (anak) yang sangat bermakna. Doakan saya sepanjang kehamilan hingga saat melahirkan nanti,” tulis pelantun lagu Kuasa Cintamu itu menerusi Instagramnya.

Tambah Siti juga, jika dikurniakan sepasang anak, kehidupannya akan bertambah seronok.

” Memang secara ikhlas dalam hati. Sebab ada girl (perempuan) dan boy (lelaki) . Tetapi saya sentiasa terima apa sahaja yang akan lahir nanti,” kata Siti.

Pada masa sama, suaminya yang dikenali sebagai Datuk K memberitahu nama anak lelakinya akan bermula dengan nama Muhammad dan bermula dengan pangkal huruf A.

“Semua anak lelaki bermula dengan nama Muhammad dan diikuti dengan pangkal huruf A.

“Saya bersyukur dengan anugerah terindah ini”, ujar Datuk K.

Dalam pada itu, hantaran status terbaharu Siti dalam Instagram dihujani banyak ucapan tahniah daripada para peminat.

“Yeay baby boy,” tulis seorang pengguna Instagram menerusi ruangan komen penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu.

Terdahulu, awal Disember baru-baru ini, Siti mengesahkan sedang hamil anak kedua.

Penyanyi tersohor itu mengakui kehamilan keduanya yang kini berusia lebih empat bulan turut melalui rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dan dijangkakan lahir pada April tahun hadapan.

Rawatan berkenaan dilakukan selepas cahaya mata pertamanya, Siti Aafiyah berusia dua tahun.

Siti Nurhaliza hamil kali kedua, kandungan berusia empat bulan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker