Jangan Terpedaya! Hati-Hati Dengan Taktik Baharu Scammer Tentang i-Sinar KWSP

Isu scammer ni memang tak kan habis gamaknya. Lepas satu….satu kita dengar dan hadap. Kesian gais untuk orang tua-tua yang tak tahu menahu bab scammer ni. Mereka boleh terpedaya!

So gais hati-hati ya. Pesan juga pada mak ayah kat kampung tu. Sebabnya scammer ni pandai cari ‘pelanggan’ untuk kes penipuan mereka ni.

Kalau dulu kita dengar tentang sindiket Geng Macau kan? Sekarang ni kecoh pula tentang scammer untuk pengeluaran i-Sinar, KWSP ni.

Senang betul mereka ni cari makan. Di saat rakyat tertunggu-tunggu pengeluaran i-Sinar yang diumumkan Kerajaan baru-baru ini, eh dah timbul pula sindiket penipuan tentang skim ni.

Dah Berleluasa Dah Gais

Scammer ini pandai tau, mereka punya taktik nak memancing wang pencarum walaupun permohonan secara rasmi i-Sinar masih lagi belum dibuka.

Antaranya mereka ni buat taktik mempromosikan skim pelaburan palsu, tak pun mengumpul maklumat pencarum untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP itu secara haram. Weh bahaya weh…Mereka buat tanpa pengetahuan pemilik simpanan tersebut tau. Anda la tu. So kena hati-hati!

Ada lagi advance! Sesetengah sindiket ni buat satu aplikasi mudah alih palsu yang boleh mengelirukan anda. Dalam masa yang sama mereka boleh mencuri maklumat peribadi anda yang anda isi dalam aplikasi tersebut. Mak ai…’kemas’ mereka ni buat kerja na…

Hati-Hati!

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meminta anda semua berhati-hati dan tak mudah tertipu dengan sindiket penipuan atau scam ini. Mereka ni senang-senang jer cari peluang nak buat jenayah macam ni. Check this out!

1. Ejen (orang tengah)

Sindiket penipuan mungkin menggunakan taktik menyamar sebagai ejen yang dilantik KWSP kononnnya boleh mempercepatkan proses dan kelulusan i-Sinar.

Sindiket penipuan mungkin akan mewujudkan satu sistem permohonan atas talian palsu menggunakan aplikasi seperti Facebook, Whatsapp, SMS, Telegram dan juga aplikasi mudah alih palsu.

3. Panggilan palsu

Sindiket penipuan mungkin akan menggunakan taktik panggilan telefon palsu dan menyamar sebagai pegawai KWSP kononnya boleh membantu mempercepatkan proses dan kelulusan dengan mengenakan bayaran tertentu.

Jadi kalau anda tiba-tiba ada 3 benda ni, jangan mudah percaya dan senang-senang bagi info peribadi anda okay? Jangan terperangkap dengan tipu helah penjenayah siber ini.

Untuk segala urusan pengeluaran i-Sinar ini hanya melalui aplikasi i-Akaun KWSP sahaja atau anda boleh pergi ke pejabat KWSP terdekat.

Pada masa sama, pihak KWSP juga memberi amaran kepada anda supaya tak sewenang-wenangnya bagi maklumat peribadi kepada pihak ketiga apabila berurusan tentang pengeluaran i-Sinar ini.

Dan ni juga lah salah satu sebab KWSP meletakkan proses pengesahan untuk pengeluaran i-Sinar. Bukan apa, tujuannya untuk mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan lah.

Kata KWSP, pengeluaran i-Sinar adalah tidak bersyarat dan apa yang dicirikan adalah kriteria untuk memastikan permohonan anda selari dengan data sedia ada. Lepas tu dapatlah proses kelulusan dipercepatkan dengan mudah dan selamat.

Diberi Secara Automatik Pada yang Layak

Macam yang anda tahu lah, pengeluaran i-Sinar akan diberi secara automatik bagi anda yang layak di bawah Kategori 1 iaitu hilang pekerjaan, dipaksa cuti tanpa gaji, atau mengalami pengurangan pendapatan lebih 30% sejak Mac 2020.

Ini termasuklah anda yang bekerja di sektor formal; bekerja sendiri bekerja dan di dalam sektor ekonomi gig.

Bukan itu jer, skop juga telah diperluaskan untuk merangkap suri rumah, ahli-ahli yang lama tidak mencarum dan mereka yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Bagi Kategori 1, anda hanya perlu memohon secara dalam talian bermula 21 Disember 2020 dan kelulusan akan diberi secara automatik memandangkan KWSP akan menggunakan data dalaman.

Dengan pelaksanaan sistem kriteria tersebut, komitmen juga telah diberikan oleh KWSP untuk melaksanakan pembayaran i-Sinar kurang 30 hari daripada tarikh permohonan. Padu!

Di bawah Kategori 2 pula, permohonan mulai 11 Januari 2021 dipertimbangkan bagi anda yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan kurang 30%, termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa.

Di bawah Kategori ini, dokumen sokongan diperlukan memandangkan data pendapatan elaun dan lain-lain tidak sedia ada dalam pangkalan data KWSP. Pihak KWSP juga telah memberi komitmen akan mempertimbangkan pelbagai dokumen dalam proses ini.

Apa-apa pun gais, harap anda lebih berhati-hati selepas ini. Jangan mudah terpedaya dengan sindiket scammer ini ya. Kalau rasa tak yakin dan ada penipuan ini berlaku dengan anda, segera buat laporan kepada Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922600 okay-Roti Kaya

Kerajaan Benar Keluarkan RM1O,OOO KWSP, Ini Cara Bagaimana Nak Memohon

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker