Stor Simpanan Jentera Berat Musnah Terbakar Di Bagan Serai

Stor Simpanan Jentera Berat Musnah Terbakar Di Bagan Serai

BAGAN SERAI: Sebuah stor simpanan jentera berat musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi di Jalan Parit Jawa, di sini, hari ini.

Kebakaran itu turut membabitkan sebuah lori, traktor dan enam buah motosikal, masing-masing terbakar sebanyak 90 peratus, 70 peratus dan 98 peratus.



“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai dengan dibantu BBP Kuala Kurau bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah stor simpanan jentera berat kelas B berkeluasan 30×30 kaki persegi terbakar 40 peratus.

“Turut terbakar sebuah lori (90 peratus), traktor (70 peratus) dan enam motosikal (98 peratus).



“Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya lagi, anggota kemudiannya membuat kerja memadam kebakaran menggunakan satu aliran 400 kaki pam dengan sumber air terbuka sehingga selesai.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Rofae Samsuiman itu tamat pada jam 2.55 pagi. AA



Stor Simpanan Jentera Berat Musnah Terbakar Di Bagan Serai

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?

Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker