Kambing kesayangan hadiah kahwin buat sahabat


Kuala Lumpur: “Orang lain mungkin anggap pelik apabila kambing dijadikan hadiah perkahwinan tetapi itu perkara biasa bagi orang kampung kami,” kata Mohamad Farhan Mat Yaacob, 28.

Penternak kambing dari Kota Bharu, Kelantan itu dikenali di media sosial selepas gambarnya menghadiahkan seekor kambing buat sahabat baik, Harun Hazim Zakaria, 28, tular.

Ternakan itu diberikan kepada Harun Hazim ketika majlis persandingannya, 23 Februari lalu di Kota Bharu, malah kambing itu bukan untuk dijadikan lauk kenduri, sebaliknya sebagai haiwan peliharaan.

Mohamad Farhan berkata, kambing dinamakan Duras itu berusia dua tahun dan dihias seperti ‘hadiah’ yang lengkap dengan reben di kepala dan badan.



Menurutnya, dia sudah bersahabat dengan Harun Hazim hampir 20 tahun dan nekad menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat teman itu.

“Duras sebenarnya antara kambing yang paling saya sayang dan saya sudah pelihara ia sejak dilahirkan.

Mohamad Farhan menghadiahkan kambing peliharaannya kepada Harun Hazim sempena perkahwinannya, 23 Februari lalu. FOTO Ihsan Mohamad Farhan Mat Yaacob.
Mohamad Farhan menghadiahkan kambing peliharaannya kepada Harun Hazim sempena perkahwinannya, 23 Februari lalu. FOTO Ihsan Mohamad Farhan Mat Yaacob.
“Ia jinak, malah adik bongsu saya (Aidil Iqmal Hafiz,11) selalu menjadikan Duras teman bermain. Namun dia tidak ambil hati atau sedih apabila saya beritahu mahu menghadiahkan kepada Harun.



“Kerana dia juga rapat dengan Harun dan sudah anggapnya seperti abang dia sendiri,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Berkongsi kisahnya dengan Harun Hazim, graduan perakuan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, sahabatnya itu antara individu yang bersama-samanya ketika susah dan senang.

“Dulu kami (hidup) susah, dari sekolah menengah lagi cari modal berniaga sama-sama dengan mengambil upah mengecat, bertukang rumah jiran dan pelbagai kerja kampung lain.

“Syukur, kini masing-masing sudah berjaya dengan perniagaan dan penternakan sendiri yang semakin stabil,” katanya yang turut menaja dua kambing untuk disembelih bagi majlis sahabatnya itu.



Mohamad Farhan berkata, tidak mudah untuk berjaya dalam bidang penternakan dan cabaran utama yang dihadapi adalah penjagaan kesihatan semua ternakan, malah dia sanggup tidur bersama kambingnya.

“Bagi saya, jangan gelar diri pengusaha kambing berjaya jika tidak pernah tidur sekali bersama haiwan ternakan,” katanya.

Terdahulu, perkongsian yang dimuat naiknya mendapat perhatian warganet khususnya di TikTok sehingga meraih lebih 159,000 tontonan. HM

“Mereka Hantar Lelaki Gila Seks…”- Bekas Isteri Da’i Farhan Dedah Terima Ugutan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker