“Mereka Hantar Lelaki Gila Seks…”- Bekas Isteri Da’i Farhan Dedah Terima Ugutan

Bekas isteri kepada Dai’ Farhan yang dikenali sebagai Dr. Erin mendedahkan dirinya telah menerima pelbagai ancaman serta ugutan dari pihak yang tidak berpuas hati  dengan perniagaannya.

Menurut Dr. Erin dia terpaksa membuat laporan polis hampir setiap hari demi melindungi dirinya yang kini menjalankan perniagaan di sebuah premis di Alor Setar, Kedah.

“Cabaran makin besar, sekarang ni, hari-hari kena minta cover report pak polisi. Sakit hati betul ‘pa__a’ ni tengok orang Melayu maju dalam kawasa mereka

“Walaupun saya ni perempuan, mereka hantar lelaki gila seks datang kedai, hantar pencuri bagai, ugut nak kerat kaki tangan dan kepala kalau saya tak tutup kedai. Siap nak bakar kedai akak lagi.

“Sudah 6 bulan ni hari-hari rasa terancam sangat dengan kehadiran saya di pekan ni,” katanya.

Dr. Erin berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik swafoto dirinya ketika berada di dalam balai polis.

Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar Dr. Erin dilindungi serta selamat dari segala ancaman.

Nama Dr. Erin pernah menjadi bualan hangat apabila mengahwini Da’i Farhan di Mekah yang ketika itu sudah mempunyai seorang isteri dan anak. Farhan kemudian menceraikan isteri pertamanya ketika sedang hamil.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker