Ini senarai negara yang gantung penggunaan vaksin AstraZeneca

Beberapa lagi negara telah bertindak menggantung pemberian vaksin COVID-19 buatan AstraZeneca susulan dakwaan vaksin itu mengakibatkan beberapa kesan sampingan.

Langkah itu diambil meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjamin bahawa vaksin tersebut selamat dan masih tiada bukti yang menunjukkan vaksin itu ada kaitan dengan pembekuan darah.

Denmark menjadi negara Eropah pertama yang menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca sebagai langkah berjaga-jaga.



Susulan itu, Iceland dan Norway turut mengambil langkah sama pada hari seterusnya.

Thailand menjadi negara pertama di luar Eropah yang menggantung pemberian vaksin berkenaan minggu lalu.

Namun, negara jiran itu telah menarik balik keputusan tersebut dan meneruskan program pelancaran vaksin dengan Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha menjadi individu pertama disuntik dengan vaksin tersebut.

Terbaharu, Indonesia menangguhkan sementara cadangan untuk memberi suntikan vaksin AstraZeneca, menjadi satu-satunya negara Asia yang mengambil langkah tersebut setakat ini.

Beberapa negara di luar Kesatuan Eropah (EU) seperti Kanada, Australia dan UK bagaimanapun akan meneruskan pemberian vaksin berkenaan.



Malaysia juga akan meneruskan penerimaan dan pembelian vaksin COVID-19 yang dibangunkan AstraZeneca kerana tiada bukti yang menunjukkan wujud kesan langsung pembekuan darah akibat vaksin itu.

Berikut antara negara yang menggantung pemberian vaksin COVID-19 buatan AstraZeneca setakat 16 Mac 2021:

  1. Denmark

  2. Iceland

  3. Norway

  4. Sweden

  5. Belanda

  6. Jerman

  7. Perancis

  8. Sepanyol

  9. Itali

  10. Portugal

  11. Luxembourg

  12. Slovenia

  13. Bulgaria

  14. Estonia

  15. Lithuania

  16. Latvia

  17. Congo

  18. Indonesia

Indonesia tangguh penggunaan vaksin COVID AstraZeneca



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker