Amaran: Enggan bayar caj air mentah, Pulau Pinang bakal guna air selut - MB Kedah — MYKMU.NET

Amaran: Enggan bayar caj air mentah, Pulau Pinang bakal guna air selut – MB Kedah



Sebaran :

 

YAN – Pulau Pinang berkemungkinan terpaksa menggunakan air selut sekiranya mereka terus enggan membayar caj air mentah kepada Kedah.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ini kerana Kedah mempunyai banyak projek yang bakal dilaksanakan, sekali gus memberi kesan kepada aliran air ke negeri berkenaan.

“Kita sebenarnya ada projek-projek yang belum diumumkan yang akan memberi masalah kalau mereka terus enggan membayar.”Jika tidak bayar (caj air mentah), takpa dia gunalah (secara percuma), sampai hari keluar air selut, dia guna lah air selut tu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Yan di sini pada Rabu.



Muhammad Sanusi berkata, beliau juga akan memohon kerjasama daripada kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi mengadakan proses timbang tara untuk menyelesaikan kemelut bekalan air dengan negeri jiran itu

MCA, Gerakan tanding kawasan majoriti Cina baru ‘jantan’

“Sekiranya peringkat timbang tara itu tidak dapat dijayakan, proses berkenaan berkemungkinan akan berterusan sehingga ke mahkamah.

“Saya akan pergi ke hujung dunia sekalipun untuk pertahankan hak negeri Kedah,” katanya.



Pada 10 Mac lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam suatu kenyataan enggan memanjangkan isu penggunaan sumber air dari Sungai Muda, Kedah, sebaliknya, memilih untuk mempertahankan hak riparian negeri itu di mahkamah.

Kon Yeow berkata, isu tersebut sering dibangkitkan Muhammad Sanusi sebelum ini dan beliau sendiri sudah menyatakan kesediaannya untuk bersemuka di mahkamah sekiranya kerajaan Kedah mahu mengambil tindakan undang-undang.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusi berkata, sebuah badan bertindak khas akan ditubuhkan untuk mengutip tunggakan hasil yang bernilai RM257 juta.



“Antara tunggakan jenis cukai tertinggi adalah melibatkan hasil tanah, kediaman dan pendidikan.

“Tunggakan ini ada yang sejak belasan tahun, jadi untuk pastikan hasil kerajaan ini dapat dikutip, badan bertindak ini akan mulakan operasi kutip cukai tertunggak ini dengan segera,” katanya

PRU15: PH boleh ‘rampas kuasa’ jika PN-MN berpecah


Sebaran :


Leave a Reply