Pembangunan Sabah jauh ketinggalan sebab terlalu berpolitik, kata Bung — MYKMU.NET

Pembangunan Sabah jauh ketinggalan sebab terlalu berpolitik, kata Bung



Sebaran :


Pembangunan di Sabah jauh ketinggalan berbanding negeri lain akibat pemimpin dan rakyatnya terlalu banyak berpolitik, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin.

Justeru kata Pengerusi BN Sabah itu, sudah tiba masanya pemimpin serta rakyat negeri tersebut mengetepikan soal politik dan mengutamakan pembangunan negeri demi kesejahteraan hidup rakyat secara keseluruhannya.

“Peringkat pusat kita sudah adakan pilihan raya (umum) sebanyak 14 kali, di Sarawak baru 11 kali tapi kita di Sabah sudah 16 kali, terlalu banyak masa dihabiskan untuk pilihan raya menyebabkan kita hilang fokus untuk membangunkan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya meskipun belum sampai setahun kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih pentadbiran di negeri itu, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilakukan untuk membantu rakyat termasuk membentangkan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025 iaitu kerangka hala tuju dan strategi bagi terus memacu ekonomi negeri dan sosioekonomi rakyat.

Dia berkata pelan itu menggariskan tiga elemen utama iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan sebagai fokus pertumbuhan ekonomi; modal insan dan kesejahteraan rakyat; serta jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau.

“Kita berhadapan realiti dan kedudukan ekonomi amat mencabar (ketika mengambil alih kerajaan negeri) kerana itu kerajaan bertindak segera menangani penyusutan pertumbuhan sektor serta subsektor tertentu dan mengenal pasti sumber baru mengkukuhkan serta meningkatkan hasil negeri.



“Pada masa yang sama, kedudukan sosioekonomi rakyat perlu diletakkan pada unjuran keutamaan melalui usaha yang menjurus kepada sasaran untuk meningkatkan ekonomi rakyat,” katanya.

Bung Moktar berkata kerajaan persekutuan juga telah meluluskan sejumlah RM600 juta bagi pembinaan jalan menghubungkan Serudong di Kalabakan, Tawau dengan Simanggaris di Kalimatan, Indonesia yang akan membawa perubahan besar dalam memacu sektor ekonomi negeri.

Sehubungan itu dia mengajak pemimpin dan rakyat mempertahankan memontum kerjasama bagi mempastikan apa yang dirancang oleh kerajaan dapat dilaksanakan sepenuhnya demi kebaikan negeri dan rakyat secara keseluruhannya.



GRS terdiri daripada parti komponen Perikanan Nasional (Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Progresif Sabah dan PAS) dan BN (Umno, Parti Bersatu Rakyat Sabah, MCA, MIC) serta Parti Bersatu Sabah. Bernama

KWSP suri rumah: Manifesto pembangkang ketinggalan 8 tahun


Sebaran :


Leave a Reply