MCA, Gerakan tanding kawasan majoriti Cina baru ‘jantan’

Kalahkan DAP dulu, baru cakap soal laluan ke Parlimen, DUN

BANGI, 1 Syaaban 1442H, Isnin – Jangan beri laluan mudah untuk parti ultra kiasu bertanding di kawasan mudah menang, seperti kerusi majoriti pengundi Melayu.

Pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, sekiranya MCA parti Cina, Gerakan parti pimpinan Cina mahu bertanding, pilihlah kawasan majoriti Cina. 

“Begitu juga dengan MIC. Jangan jadi muka tak malu, awal-awal dah tuntut mahukan kerusi yang pasti menang. 

“Ciri-ciri ini sudah menampakkan bahawa setia tidak ada. Memahami keadilan jauh sekali,” katanya. 



Ridhuan Tee berkata, sebenarnya mudah sahaja untuk Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) menguruskan Gerakan serta MCA, sekiranya mereka bertegas.

Justeru, beliau mencabar Gerakan dan MCA untuk bertanding di kawasan majoriti Cina, dan mengalahkan parti tamak haloba, DAP pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Letakkan semua calon di kawasan majoriti Cina. Kita nak tengok kejantanan mereka, boleh menang atau tidak di kawasan majoriti Cina.

“Jika berjaya mengalahkan ultra kiasu DAP barulah jantan. Jika tidak, tidak usahkan bercakap mahu mendapat laluan ke Parlimen atau DUN,” katanya menulis di Ismaweb.net, hari ini.



Justeru, beliau mengingatkan PN dan BN supaya tidak memberi muka kepada dua parti berkenaan, meskipun atas nama berbilang kaum.

Katanya, walaupun tanpa penyertaan MCA dan Gerakan dalam gabungan itu, Malaysia masih kekal berbilang kaum.

“Kita sudah meraikan kepelbagaian ini sekian lama. Semua hak bukan Islam sudah dipenuhi, lebih daripada mencukupi.

“Cuba uji Gerakan dan MCA yang kita banggakan bagi menunjukkan BN atau PN parti berbilang kaum, dengan bertanya soalan ini.



“Apakah MCA dan Gerakan akan bersetuju jika PN atau BN menang di Pulau Pinang PRU15, Ketua Menterinya adalah dalam kalangan Melayu? Saya amat yakin akan jawapannya,” katanya.

Related Articles

One Comment

  1. Prof. Jangan salahkan MCA, Gerakan atau MIC. Mereka memang tau tak boleh menang di kawasan2 majoriti bangsa sendiri. Tapi yang baculnya ialah Melayu2 Umno yang begitu tolol menyerahkan kawasan2 majoriti Melayu untuk digendong oleh MCA dan MIC yang membolehkan mereka menentang kepentingan Melayu dan Islam di Parliamen dan Dewan Negeri. Alangkah bodohnya Umno yang kununnya menjaga kepentingan Melayu dan menang atas titik peluh kaum Melayu Islam!!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker