Hakim baru kendali saman AS$340 juta 1MDB juta terhadap Petrosaudi



Sebaran :


Seorang hakim baru akan membicarakan tuntutan saman AS$340 juta yang berkaitan dengan 1MDB terhadap Petrosaudi International Limited dan empat yang lain.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Ahmad Shahrir Mohd Salleh akan mendengar saman itu yang dijadualkan pada 6 dan 7 September.

Selain Petrosaudi International, responden lain dalam saman berkenaan adalah pengarah Petrosaudi International, Tarek Obaid, PetroSaudi Oil Services (Venezuela) Limited (POSL), Clyde & Co LLP, dan Temple Fiduciary Services Limited (TFSL).



Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membicarakan kes berkenaan tahun lalu.

 

Bagaimanapun, hakim mahkamah jenayah itu telah dipindahkan kembali ke mahkamah sivil secara efektif pada 1 Mac tahun ini.

Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lutfi Mohamed mengesahkan perkara ini ketika ditemui media selepas berjumpa Ahmad Shahrir di kamarnya, pagi ini.



Dia berkata, bahawa hakim telah menetapkan 6 dan 7 September untuk mendengar saman itu.

“Tarikh perbicaraan adalah pada 6 dan 7 September,” kata TPP.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai status rundingan yang melibatkan perkara itu, Budiman berkata, ia masih berjalan.



 


Sebaran :


Leave a Reply