Afieq Shazwan teringin tapi….

Afieq Shazwan teringin tapi….

Beberapa kali berhadapan pengalaman rumahnya di Klang dilanda banjir membuatkan penyanyi, pelakon dan pengacara, Afieq Shazwan, 26, terfikir berpindah ke kediaman baharu yang lebih selamat.

Ia bagi keselesaan dia dan neneknya, Puan Noor, 72, yang dipanggil emak supaya tidak lagi bimbang menghadapi banjir di kediaman mereka setiap kali hujan lebat. Namun, hasrat itu masih ditangguhkan.



Afieq atau nama sebenarnya, Mohammad Shafieq Shazwan Zamros berkata, dia ada mencari kediaman baharu yang dirasakan sesuai untuk mereka berdua, namun tidak mendapat persetujuan daripada insan tersayangnya itu.

“Saya ada membawa emak ke beberapa kawasan perumahan yang rasanya sesuai untuk kami tinggal di situ, tapi emak lebih memilih untuk terus menetap di kediaman lama. Dia bukan tidak suka, cuma sukar untuk meninggalkan rumah itu.

“Jadi, bagi memastikan emak terus gembira, saya memutuskan biarlah kami tinggal di rumah lama saja buat masa ini. Namun, saya tetap berwaspada setiap kali hujan. Apabila melihat ia (hujan) lebat semacam, saya sudah memindahkan barang penting di tempat tinggi.

“Apapun, saya faham kenapa emak agak berat untuk berpindah ke kediaman baharu. Rumah lama di Klang ini banyak kenangan indah saya bersama tiga kakak membesar bersama,” katanya yang kini dalam perancangan membeli kediaman baharu.



Menurut Afieq, dia sudah mampu untuk membeli rumah dengan pendapatan sendiri, namun masih meneliti yang sesuai dan memenuhi citarasa.

Katanya, ada beberapa pilihan tapi dia masih belum buat keputusan dan tidak mahu terburu-buru.

Ditanya mengenai perkahwinan, Afieq berkata, dia meletakkan sasaran ingin berkahwin pada usia 30 tahun.

Katanya, sehingga kini dia juga belum bertemu ‘cinta hati’ yang bakal menjadi suri hidup.



“Sekarang saya pun sudah berusia 26 tahun dan melihat ramai rakan lain yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Keinginan nak mempunyai isteri memang ada, tapi belum sampai jodoh saja.

“Insya-Allah, saya yakin sampai masa pasti dipertemukan dengan calon wanita yang sesuai. Apapun, buat masa sekarang saya memang fokus pada karier. Alhamdulillah, rezeki dalam cabang seni pun tidak putus.

“Saya ada lagu baharu, drama baharu dan program TV baharu sebagai buah tangan kepada peminat. Terima kasih sudah setia menyokong saya sejak dari dulu sampai sekarang. Saya akan terus bersemangat untuk bekerja keras lagi,” katanya.

Mengakui masih selesa membujang, Afieq berkata, dia mahu berbakti kepada keluarganya dulu sebagai anak lelaki tunggal.



Menurut penyanyi lagu Lelaki Di Telefon ini, dia tidak perlu tergesa-gesa untuk menamatkan zaman solo.

Sebelum ini, Afieq pernah menjalin kasih dengan penyanyi Wani Kayrie, 23, selama beberapa tahun sebelum mereka akhirnya mengambil keputusan berpisah pada 2021 dan kini hanya bersahabat baik saja. HM

Afieq Shazwan teringin tapi….

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Curang, Farid sindir Diana ke?

Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….



Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker