Ahli Parlimen bertindak sesuka hati, Demokrasi, kualiti kepimpinan merosot – Tok Mat

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, demokrasi dan kualiti kepimpinan semakin merosot dengan lebih ramai Ahli Parlimen bertindak sesuka hati berdasarkan kepentingan peribadi, bukannya prinsip serta nilai.

Oleh itu, beliau mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersama “memperbaiki” demokrasi di Malaysia ke tahap dan kedudukan lebih baik.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, kebebasan bersuara dan ekspresi semakin “mengecil” dengan pelbagai ordinan dilaksanakan.

Beliau menyifatkan penggantungan Parlimen dan Perlembagaan “dilumpuhkan” sebagai “kesusutan nilai demokrasi yang sangat dibimbangi”.

“Malaysia mesti keluar daripada defisit demokrasi ini. Kita sepatutnya lebih baik dan lebih unggul dalam mengurus negara ini dan menampilkan amalan demokratik lebih maju.

“Membiarkan potensi Malaysia dalam kedudukan seperti sekarang sangat mendukacitakan,” katanya dalam kenyataan.

Rafizi dan Izzah akan kembali – Anwar

Mohamad berkata, semua rakyat Malaysia, tidak kira menteri, penjawat awam atau sekadar orang biasa, mempunyai tanggungjawab kolektif untuk mengembalikan amalan demokrasi ke tahap dan kedudukan lebih baik.

“Negara ini adalah tanah air yang istimewa buat semua penduduknya. Ia bukan hak milik peribadi atau sesiapapun dan tidak boleh diperlakukan dengan sesuka hati.”

Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara digantung sehingga Ogos ini ketika darurat diisytiharkan 12 Jan lalu.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong pada 24 Feb lalu berkata, Parlimen boleh bersidang ketika tempoh darurat, pada suatu tarikh difikirkan sesuai olehnya atas nasihat perdana menteri.

Sementara itu, berkuat kuasa Jumaat lalu, individu yang menghasil, menyiar atau menyebarkan berita palsu boleh didenda sehingga RM100,000, dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021.

Mereka yang menyediakan bantuan kewangan untuk menghasil atau menyebarkan berita palsu pula boleh didenda tidak melebihi RM500,000, dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya.

Pemilihan DAP Perak, Kem Keluarga Nga-Ngeh sapu bersih, Kem Kula-Su Tumbang

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker