Politik Malaysia macam main masak-masak – Musa Hitam

KUALA LUMPUR: “Macam main masak-masak saja kamu buat po­litik negara ini.” – Itu kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam terhadap sikap dan tindakan pemimpin-pe­mim­pin parti politik ketika ini.

Beliau yang sudah berbelas tahun tidak mahu mengulas pasal politik tanah air dalam me­dia arus perdana dan media sosial, mengakui sudah bosan memerhati dan mendengar ke­adaan politik hari ini yang disifatkan sebagai pentingkan diri dan langsung tidak mempeduli kepentingan negara.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Musa yang kini Pengerusi World Islamic Economic Forum Foundation (WIEF) berkata, ke­­adaan sedemikian berlaku ke­ra­na ahli politik hanya mengutamakan soal berapa kerusi yang akan diperoleh bagi menjamin kelangsungan hayat politik masing-masing.



Hal yang sama juga, kata­nya berlaku dalam UMNO yang mana kini semakin merosot prestasinya akibat perebutan kuasa di peringkat dalaman parti.

“Saya bosan atas keadaan ke­se­luruhan. Ada sekali, saya cakap apalah kamu semua ini wahai ahli politik, macam main masak-masak sahaja kamu buat politik ini. Politik ini mereka buat main-main, untuk diri sendiri. Mereka tak berpolitik untuk kepentingan negara, sebaliknya untuk survival sendiri.

Teka-teki nasib 14 ADUN lompat parti



“Sekarang, seorang pun tak cenderung soal falsafah dan ideo­logi politik, tiada. Sebaliknya, masing-masing sibuk soal berapa kerusi mereka dapat, dan siapa akan berpihak kepada siapa. Orang belah sini akan lompat ke sana, itu sahaja isunya sekarang.

“Daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad, sampailah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, ke­pa­da Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada semua. Malah da­lam sibuk-sibuk politik ini, Rina Harun pun masuk sekali,” katanya sambil ketawa dalam wa­wancara eksklusif baru-baru ini.

Pada masa sa­ma, beliau ber­kata, keada­an itu diburukkan lagi oleh sikap politikus yang suka melompat parti, malah me­nyifatkan kumpulan itu sebagai ‘katak’ yang layak ditertawakan.

Hal itu, katanya, akibat amalan politik wang yang dijadikan ideologi, malah semakin menjadi-jadi menjelang musim pilihan raya.



“Di Malaysia ini adalah antara negara yang mana terlampau banyak ahli politik melompat parti. Hingga ia jadi satu jenaka, kita gelarkan yang melompat itu sebagai katak. Orang bandar atau kampung, bila jumpa wakil rakyat yang lompat ini, mesti panggil dia katak.

“Dalam isu melompat parti yang menjadi-jadi sekarang, pandangan saya bukan kerana politik atau ideologi. Kalaulah sesuatu itu boleh dianggap sebagai ideo­logi, dengan dapat duit itu ideologi wang, itulah yang mungkin sebenarnya sedang terjadi. Orang kata, sekarang ini duit habuannya bukan kecil-kecil macam zaman dulu. Kejadian sebegini akan lebih menjadi-jadi bila pilihan raya dah dekat,” katanya.

Justeru, beliau mengge­sa agar akta antilompat di­kuat­kua­sa dengan segera bagi memben­dung amalan politik yang merosakkan ini.

Zuraida termasuk 20 MP & Adun lompat disaman RM200 juta oleh PKR



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker