[VIDEO] HENTI HINA ZARINA ANJOULIE – EILYAS AZHAR

Sebaran :

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Rd6XAh4dnw8[/embedyt]

“Saya dah rujuk balik dengan Anju. Terima kasih untuk yang mendoakan dan pada mana-mana kata kesat dan kata-kata buruk terhadap isteri saya yang dicintai ini, hentikanlah. Hentikan, hidayah itu milik Allah.

“Pada yang DM dan hina isteri saya ini dekat saya, tolonglah stop,” tutur Eilyas Azhar atau Yas yang meminta meminta segelintir individu supaya tidak menghantar mesej buruk terhadap isterinya, pelakon Zarina Anjoulie.
Umum mengetahui mengenai Zarina yang kini sudah rujuk semula dengan Eilyas dimana ia tidak sampai sebulan mereka membuat keputusan untuk berpisah.Berita itu nyata disambut baik oleh orang ramai memandangkan mereka yang kelihatan secocok bersama. Pun begitu, dalam kegembiraan tersebut, masih ada manusia yang iri hati dan cuba mengganggu hubungan suami isteri ini.

Daripada entri yang dimuat naik di IG Story, Zarina juga turut mempersoalkan motif sesetengah individu yang meninggalkan komen buruk mengenai dirinya pada Yas. Jelasnya, jodoh itu di tangan Tuhan. Maka, tiada siapa yang dapat mempersoalkannya.

“Korang nak Yas buat apa, bila kau kutuk-kutuk akan dekat DM dia, dekat page Yas. Kau nak aku buat apa? Kau nak Yas buat apa? Kau nak Yas tinggalkan aku dan kahwin dengan kau? Itu ke yang kau nak?



“Kalau seribu orang datang kutuk aku dekat Yas, kalau dia nak dengan aku, nak jugak. Kalau seribu orang datang puji aku dekat Yas, kalau Yas tak nak, tak nak jugak. Itu semua jodoh di tangan Tuhan. Korang kutuk macam mana pun, kalau dia dengan aku, dia dengan aku, faham tak?” kata Zarina.


Sebaran :

Leave a Reply