Menteri Pendidikan maklumkan sesi persekolahan penggal 3 bermula 1 Januari

SHAH ALAM – Kalendar Akademik Penggal 3 Sesi 2022-2023 akan bermula pada 1 Januari 2023 bagi sekolah-sekolah dalam Kumpulan A.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi ciapan di Twitternya pada Rabu.

Menurutnya, sekolah-sekolah dalam kumpulan B pula akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari.



“Saya ucapkan selamat kembali ke sekolah tidak lama lagi,” katanya.

Berdasarkan infografik yang dikongsi, Kumpulan A adalah sekolah-sekolah yang berada di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Bagi kumpulan B, sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan penangguhan pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 pada 12 Mac 2023 (Kumpulan A) dan 13 Mac (Kumpulan B).



Kata KPM, ini bagi pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dapat dilaksanakan dengan lancar.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker