Aliff Syukri bayar zakat pun kena kecam


Membayar zakat adalah satu kewajipan untuk setiap orang Islam yang cukup syaratnya.

Begitu juga buat usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri yang melaksanakan kewajipan itu.

Beliau memberitahu perkara tersebut melalui satu hantaran di Instagram miliknya pada 4 Mac 2021.

Hantaran beliau berkenaan disertakan dengan doa pada ruangan caption.

Selain memohon agar dipermudahkan segala urusannya dan orang ramai, Aliff juga berharap dirinya diberi kekuatan iman dan ketabahan dalam mengendalikan perniagaan.

Beliau berharap zakat yang disalurkan tersebut dapat meringankan beban orang yang memerlukan.

Sementara itu, perkongsian beliau mendapat pujian daripada para netizen di ruangan komen.

Bagaimanapun, ada juga yang mengira bahawa tindakan beliau berkongsi perkara itu di media sosial adalah untuk menunjuk-nunjuk.

Apapun, ayuh kita pandangnya dari sudut positif

Aliff Syukri, isteri tak terbabit Macau Scam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker