Ada pemimpin dan anggota kabinet Umno gembleng sokongan untuk Muhyiddin – Redzuan


Tolak PPBM : Pendirian sebenar Umno akan terserlah selepas pemilihan parti, kata Redzuan

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Redzuan Yusof berkata, pendirian ‘sejati’ Umno mengenai hubungan dengan PPBM dalam menghadapi pilihan raya umum ke 15 akan lebih jelas selepas Umno mengadakan pemilihan pada tahun ini.

Beliau berkata, daripada interaksi dengan rakan-rakannya dalam Umno, ada pihak yang mendesak supaya pemilihan parti itu diadakan sebelum PRU15 bagi mencari pemimpin baharu untuk memimpin ahli mengharung pilihan raya itu.

“Saya beranggapan ada orang dalam Umno yang mahukan pemimpin baharu yang akan mengembalikan maruah, integriti, solidariti, dan perpaduan dalam parti,” katanya kepada FMT selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi PPBM hari ini.



Mengenai surat yang dihantar Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, kepada Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, Redzuan berkata, kepemimpinan PPBM meragui bahawa kandungan surat Zahid itu mencerminkan pendirian Umno keseluruhannya.

Dalam surat itu, Zahid memaklumkan Muhyiddin bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada PRU15 dan penglibatan parti itu dalam kerajaan Perikatan Nasional hanya sehingga parlimen dibubarkan.

“Kami tenang, kami tidak terkejut (dengan surat Zahid). Kami dimaklumkan bahawa dalam mesyuarat Barisan Nasional baru-baru ini, parti komponen lain menolak pendirian Umno.

“Saya sendiri telah mengetahui bahawa beberapa pemimpin negeri dan anggota kabinet (dari Umno) beransur-ansur menggemblengkan sokongan berterusan untuk Muhyiddin,” katanya. FMT

“Tun M ajak jatuhkan Muhyiddin” – Pak Wan dedah dalam mesyuarat MPT Bersatu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker