Aliff Syukri, isteri tak terbabit Macau Scam

“Aset-aset tidak disita. Saya masih boleh guna kereta milik saya seperti biasa dan ia tak dirampas,” kata Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang juga isteri usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Ia bagi mengulas berita dua peguamnya yang merayu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melepaskan aset-aset milik Aliff dan Shahida yang dibekukan sebelum ini apabila dikatakan terbabit dengan sindiket Macau Scam.

Dalam kiriman video itu, Shahida berkata, mereka memberi kerjasama dengan SPRM dan aset-asetnya tidak disita.

“Mungkin SRPM merasakan kami ada kaitan. Jadi, mereka ke rumah kami dan siasat. Mereka ambillah apa-apa benda yang mereka perlukan dan alhamdulillah, selepas disiasat kami tiada kena-mengena dan tiada kaitan,” katanya.

Bagaimanapun, Aliff ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.

Dalam masa sama, Aliff menerusi Instagram Story memuat naik video berdurasi 15 saat menjelaskan tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang menyebarkan fitnah.

“Semua benda yang membabitkan fitnah dan penyebaran berita palsu, saya akan ambil tindakan,” katanya. HM

Bekas pembantu peribadi Aliff Syukri meninggal, ini punca penyakitnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker