Video tular geledah rumah ikut peruntukan undang-undang – Polis

Tindakan pihak polis memeriksa serta menggeledah sebuah rumah individu di Taman Bukit Segar, Kajang di sini pada 26 Februari lalu yang tular di media sosial adalah mengikut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata tindakan yang dibuat di kediaman individu itu adalah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Tindakan diambil pihak polis dalam isu ini adalah mengikut peruntukan undang-undang dan kuasa menyiasat yang telah ditetapkan.

 

“Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang ramai supaya jangan terpengaruh dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini sehingga boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat,” menurutnya dalam kenyataan, hari ini.

Baru-Baru ini, tular hantaran video seorang individu yang sedang dikesan polis mendakwa anggota pasukan keselamatan itu membuat serbuan serta penggeledahan di kediamannya tanpa mengemukakan sebarang waran tangkap dan waran geledah.

Individu itu didakwa tidak memberikan kerjasama selepas 30 minit pihak polis berada di depan rumahnya dan tindakan pengeledahan serta penyitaan tanpa waran telah dibuat oleh seorang pegawai polis. – BERNAMA

SKMM: Ciapan Twitter Tak Senonoh Angkara Orang Dalam?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker