‘Tolong lepaskan saya secara baik’ – Pachara Apin

‘Tolong lepaskan saya secara baik’ – Pachara Apin

'Tolong lepaskan saya secara baik' - Pachara Apin
Isteri kepada pelakon Afiq Muiz, Pachara Apin hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling untuk sebutan semula kes tuntutan permohonan cerai. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN

Shah Alam: “Saya minta Afiq tolong lepaskan saya secara baik untuk saya ‘move on’,” kata isteri pelakon Afiq Muiz, Pachara Apin, 32.

Pachara berkata demikian ketika hadir pada prosiding permohonan tuntutan fasakh yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, petang tadi.

Pachara atau nama islamnya Nur Aaira Mahdeya, dia percaya rumah tangga mereka sudah tidak mampu diselamatkan lagi.

“Menurut mak, kalau saya kembali kepada Afiq, saya seperti sudah mati kerana saya juga pernah dipukul dan didera Afiq sebelum ini.



Ketika diminta mengulas Afiq yang memfailkan kes nusyuz terhadapnya dengan mendakwa dirinya curang, Pachara menafikannya.


Baca Artikel Menarik:

Afiq dakwa Pachara curang, lakukan perkara dilarang


“Saya ada ramai kawan lelaki tetapi dakwaan curang itu tidak betul,” katanya.



Sementara itu, peguam Pachara, Suriati Ab Ghani berkata, kes Permohonan tuntutan fasakh itu disambung semula di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 13 Julai depan.

Pachara diwakili peguam, Suriati Ab Ghani, manakala Afiq pula diwakili peguam, Mohd Yazid Sa’at.

Terdahulu, Pachara difahamkan sudah memfailkan permohonan fasakh terhadap Afiq pada Oktober tahun lalu.

Selain itu, Pachara turut membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 lalu atas dakwaan Afiq menampar mukanya sebanyak lima kali, serta menendang perut dan menumbuk dagu sebanyak dua kali.



‘Tolong lepaskan saya secara baik’ – Pachara Apin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker