PBB gesa tutup penjara Guantanamo, beri keadilan kepada tahanan

GENEVA: Sekumpulan pakar hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik hasrat Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden semalam bagi menutup penjara tentera di Teluk Guantanamo dan mendesak Washington mengenal pasti jenayah dilakukan tahanan.

Rumah Putih dalam kenyataan bulan lalu berkata, Biden menyasarkan penutupan penjara berkenaan yang diwujudkan selepas tragedi serangan pesawat yang merempuh bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001.

Dua kumpulan kerja PBB mengenai penahanan secara paksa dan arbitrari serta lima pakar bebas hak asasi manusia memuji hasrat AS, tetapi menekankan supaya pentadbiran turut memberi perhatian terhadap baki 40 tahanan termasuk seksaan yang dikenakan ke atas mereka.

“Bersempena ulang tahun ke-20 9/11, kami menggesa kajian semula yang telus, komprehensif, dan penelitian dengan penumpuan kepada akauntabiliti operasi, legasi penjara juga suruhanjaya tentera, ” menurut kumpulan pakar itu yang dilantik oleh PBB tetapi tidak bercakap mewakili badan dunia itu.

Ramai tahanan yang berusia dan berada dalam kelompok rentan yang bukan sahaja berdepan hukuman penjara selama bertahun-tahun tetapi turut diseksa secara fizikal dan psikologi.

Ucapan Muhyiddin di PBB ‘gagal’ rebut peluang

“Kami menggesa dasar dan amalan bagi kewujudan penjara dan suruhanjaya tentera ditolak bagi mencegah pelanggaran undang-undang antarabangsa,” kata kumpulan pakar itu.

Kumpulan pakar berkenaan turut menegaskan pentingnya bagi tahanan yang sekian lama dinafikan hak untuk mendapat perbicaraan secara adil diberikan rawatan pemulihan.

Dalam pada itu, mereka turut menggesa pihak berkuasa AS memastikan pendakwaan terhadap semua tuduhan berasas mengenai pelanggaran hak asasi manusia.

“Sebilangan besar individu yang kini dan sebelumnya ditahan di Teluk Guantanamo sudah menghabiskan sebahagian besar hidup mereka dalam situasi yang mana kedaulatan undang-undang tidak membawa apa-apa makna.

“Demokrasi boleh dan harus dilakukan dengan lebih baik dan AS perlu menamatkan satu daripada episod sejarah hitamnya,” katanya.

Guantanamo adalah sebuah pangkalan tentera laut AS terletak di hujung tenggara Cuba.

Untuk rekod, pentadbiran George W Bush membuka penjara itu untuk menahan suspek pengganas dan ia dikaitkan dengan pelbagai kontroversi sehingga mendapat kecaman dunia. – AFP

Staf PBB lepas nafsu serakah tak kira tempat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker