[VIDEO] Tiger Woods kemalangan kereta

Sebaran :

LOS ANGELES: Pemain golf Amerika Syarikat, Tiger Woods dimasukkan ke hospital hari ini selepas terbabit dalam kemalangan kereta yang dilaporkan mengalami “kerosakan teruk,” kata Jabatan Polis Los Angeles.

Woods, yang memandu bersendirian, dikeluarkan daripada kereta yang remuk di bahagian depan oleh bomba dan paramedik dan mengalami “beberapa kecederaan di bahagian kaki,” kata ejen pemain itu kepada media AS.

“Dia kini menjalani pembedahan dan terima kasih kepada sokongan anda,” kata Mark Steinberg.

Woods dihantar ke hospital tempatan untuk rawatan.

Kemalangan berdekatan Los Angeles itu tidak membabitkan kenderaan lain.

 

 

Keadaan kenderaan dipandu Tiger Woods selepas kemalangan dekat Rancho Palos Verdes, California. - Foto AFP
Keadaan kenderaan dipandu Tiger Woods selepas kemalangan dekat Rancho Palos Verdes, California. – Foto AFP

 

 

Keadaan kenderaan dipandu Tiger Woods selepas kemalangan dekat Rancho Palos Verdes, California. - Foto EPA
Keadaan kenderaan dipandu Tiger Woods selepas kemalangan dekat Rancho Palos Verdes, California. – Foto EPA

 

Imej televisyen menunjukkan kereta itu berada di atas rumput di tepi jalan dan bahagian depannya rosak teruk.

Woods, seorang daripada pemain gol paling berjaya di dunia, menang 15 kejuaraan golf major.

Dia baru-baru ini menjalani pembedahan belakang buat kali kelima dan berkata belum pasti boleh bermain pada Kejuaraan Masters yang kali terakhir dimenangi pada 2019. – AFP


Sebaran :

Leave a Reply