Lelaki bakal hadapi 67 tuduhan rogol anak kandung, rakan mangsa

KLANG: Seorang lelaki bakal dihadapkan ke mahkamah di sini, esok, atas 67 pertuduhan kes merogol anak kandungnya dan rakan mangsa.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar Ramli, berkata suspek berusia 42 tahun yang juga seorang peniaga air tebu, dijadualkan didakwa pada jam 9 pagi.

Beliau berkata, semua 67 pertuduhan itu membabitkan dua laporan polis dibuat kedua-dua mangsa berusia 14 tahun berkenaan.



“Daripada jumlah itu, 58 pertuduhan membabitkan laporan polis daripada anak kandung suspek yang mendakwa dirogol bapanya sebanyak tiga kali seminggu sejak berumur 10 tahun hingga sekarang.

“Sembilan pertuduhan lagi membabitkan laporan polis oleh rakan kepada anak suspek yang mendakwa dirogol lelaki itu dari Ogos 2020 hingga Januari 2021, termasuk masing-masing dua kali pada Oktober, November dan Disember lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pasangan kekasih ditahan kes campak bayi dari tingkat 13 pangsapuri



Shamsul Amar berkata, anak suspek itu adalah anak kedua daripada lima beradik, manakala seorang lagi pengadu adalah rakan sekolahnya yang sama-sama bekerja di gerai suspek.

Susulan laporan polis berkenaan, katanya, suspek yang didapati memiliki rekod lampau membabitkan kes jenayah serta dadah, diberkas pada 10 Februari lalu dan kini masih dalam tahanan reman.

Beliau berkata, suspek akan didakwa dengan sembilan pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan 58 lagi mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.

“Hukuman diperuntukkan bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan ialah penjara hingga 20 tahun dan hendaklah dihukum dengan sebatan, jika sabit kesalahan.



“Hukuman diperuntukkan bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan pula ialah penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun penjara serta hendaklah juga dihukum dengan sebatan, jika sabit kesalahan,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker