Pemandu Myvi rempuh van direman dua hari

Pemandu kereta Perodua Myvi yang ditahan selepas kereta dipandunya merempuh dua kenderaan lain dalam satu kemalangan di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara semalam direman dua hari bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Bagaimanapun kami akan melakukan ujian tambahan dengan mengambil sampel darah malah kenderaan terlibat juga akan diperiksa oleh pakar tertentu.

“Mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan ini telah dibenarkan pulang dari hospital dan hanya mengalami kecederaan biasa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelas Azman, pihak polis menyeru mana-mana saksi bebas terutamanya mereka yang memiliki kamera papan pemuka (dashcam) yang merakam pemanduan kereta Perodua Myvi itu sebelum kejadian berlaku untuk tampil membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohamad Syafiq Mohd. Nasir di talian 012-9845477,” ujar beliau.-K! ONLINE

[VIDEO] Kereta Myvi merempuh van di Bandar Kinrara, pemandu cuba larikan diri berjaya ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker