Kerajaan perlu timbang semula keputusan usir warga Myanmar

Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa kerajaan Malaysia agar mempertimbang semula keputusan menghantar pulang 1,200 warga Myanmar.

Majlis itu berkata bahawa sebaliknya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu memulakan dialog di antara pemimpin-pemimpin Asean dan junta Myanmar.

“Pakatan Harapan (PH) menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia perlu mempertimbang semula keputusan menghantar pulang 1,200 warga Myanmar kerana tindakan sedemikian mengesah dan mengiktiraf junta tentera di Myanmar.

“Tindakan menghantar pulang pelarian ke zon konflik sebelum keadaan benar-benar stabil dan selamat mungkin menjejaskan keselamatan pelarian.

“Pakatan Harapan menggesa Kerajaan Malaysia untuk memulakan dialog di antara pemimpin-pemimpin Asean dan junta Myanmar untuk menghentikan kekerasan terhadap penunjuk perasaan, membebaskan semua tahanan politik, serta mengembalikan demokrasi dan institusi parlimen di Myanmar,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Isytihar darurat di Malaysia, tapi bimbang di Myanmar

Kenyataan itu dibuat ketika kerajaan bercadang untuk mengusir 1,200 pelarian Myanmar dan bekerjasama dengan junta tentera negara itu yang baru saja melancarkan rampasan kuasa.

“Keputusan ini tidak menghalang kerajaan Malaysia dari meneruskan tindakan menghantar pulang ini setelah tamat tempoh tersebut,” katanya sambil bimbang dengan kemungkinan terdapat kanak-kanak di kalangan pelarian itu.

“PH dimaklumkan tentang kemungkinan terdapat sejumlah kanak-kanak dari kalangan 1,200 warga Myanmar ini yang bakal dihantar pulang dan dipisahkan dari ibu bapa mereka.

“Jika benar, ini adalah satu keadaan yang membimbangkan. Kami memohon pihak berkuasa dengan kerjasama UNHCR segera mengesahkan sama ada perkara ini adalah benar atau tidak,” katanya.

Terdahulu, pagi tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membenarkan penangguhan sementara terhadap keputusan kerajaan mahu mengusir 1,200 warga Myanmar hingga pukul 10 pagi esok.

Dalam pada itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan pihaknya dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), National Task Force (NTF) dan pihak kedutaan Myanmar telah melaksanakan program penghantaran pulang 1,086 pendatang asing tanpa izin (Pati) warganegara Myanmar pada hari ini.

“Semua Pati warganegara Myanmar tersebut telah ditahan dalam depot-depot Imigresen di seluruh negara sejak tahun 2020. Mereka dihantar pulang melalui Pangkalan TLDM Lumut, Perak dengan menggunakan tiga buah kapal Tentera Laut Myanmar.

“JIM ingin menegaskan bahawa semua tahanan yang dihantar pulang adalah merupakan Pati warganegara Myanmar dan tidak melibatkan etnik Rohingya atau pencari suaka.

“Kesemua mereka yang dihantar pulang itu telah bersetuju untuk pulang secara sukarela tanpa paksaan mana-mana pihak,” jelas JIM pada satu kenyataan.

Adakah 90 Ahli Parlimen ASEAN keliru antara Darurat Malaysia dan Darurat Myanmar?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker