Adakah 90 Ahli Parlimen ASEAN keliru antara Darurat Malaysia dan Darurat Myanmar?

Rampasan kuasa berlaku di Myanmar, tentera menyekat semua talian internet, rakyat yang turun ke jalanan diberi amaran akan ditangkap, ramai ahli politik ditahan, tetapi alih-alih seramai 90 ahli Parlimen daripada enam negara ASEAN menggesa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri untuk benarkan Parlimen bersidang tanpa sekatan secepat mungkin?

Siapa mereka ini? Hebat sangatkah mereka sampai soal Dewan Rakyat kitapun mereka nak campurtangan? Bukankah ASEAN mengamalkan dasar tidak campur tangan urusan dalaman negara lain?

Tidak payah lah nak mengajar macam mana mahu menguruskan negara ini sedangkan negara mereka sendiripun banyak masalah tidak kira sama ada yang tersirat mahupun tersurat.

Khabarnya kenyataan itu ditandatangani ahli Parlimen daripada Thailand, Indonesia, Timor Leste, Kemboja, Filipina dan Singapura. Kalau tengok senarai nama negara tu, kitapun tahu apa masalah kat negara mereka, jadi tak payah menyibuk hal Malaysia.

Isytihar darurat di Malaysia, tapi bimbang di Myanmar

Selain itu kalau baca hujah-hujah mereka, kambing pun ‘boleh tersenyum’, bila mereka mendakwa kuasa darurat Malaysia jelas tidak menepati piawaian antarabangsa yang sedia ada dan mewujudkan keadaan di mana kebertanggungjawaban kerajaan amat terhad dengan salah guna kuasa boleh berlaku.

Hebatnya hujah! Tetapi masalahnya 90 warga asing ni faham tak Perlembagaan Malaysia, belajar tak undang-undang Malaysia, tahu tak keadaan Malaysia selepas darurat diisytiharkan?

Kalau setakat telefon kawan-kawan yang sealiran dengan mereka, kalau setakat baca laporan agensi berita asing, tak perlulah cakap banyak. Malaysia ni negara berdaulat, bukannya negara yang akan tunduk kepada telunjuk sesiapa apatah lagi negara asing.

Cara mereka berhujah juga nampak sangat mereka tak tahu apa-apa khususnya soal kuasa tambahan yang diberikan kepada tentera untuk menangkap warga asing tanpa dokumen di sempadan negara. Habis tu, Malaysia perlu buat apa, biarkan pendatang asing tanpa izin masuk secara beramai-ramai?

Jika begitu, apa kata ahli Parlimen yang prihatin sangat ni, minta sahaja kerajaan mereka ‘menebus’ warga asing yang ditahan oleh Malaysia supaya boleh ditempatkan di negara mereka.

Mungkin boleh beri makan, tempat tinggal dan pekerjaan, maklumlah kesemua 90 ahli Parlimen tu kan ‘melindungi hak asasi’ (seperti mana mereka nyatakan dalam kenyataan bersama itu).

Fahamlah sikit tentera Malaysia ni bukan macam Junta Tentera di Myanmar. Setakat ini boleh dikatakan tidak ada satu kes pun yang melibatkan penganiayaan ke atas warga asing oleh anggota tentera Malaysia. Jadi kalau tak tahu apa-apa, lebih baik jangan main tandatangan saja kenyataan bersama tu.

Satu lagi hujah mereka paling kelakar, ‘’Kami ingin mengingatkan pihak berkuasa, bagi menjamin darurat tidak disalahgunakan untuk menekan hak asasi atau merampasinstitusi demokrasi, ia sepatutnya wajar dan bersekadar untuk menangani ancaman yang ingin dikekangnya, dalam hal ini bagi mengekang penularan Covid-19.’’

‘’Kuasa seumpama itu perlu bersifat sementara, tertakluk kepada pengawasan kehakiman dan legislatif kehakiman dan tidak menyasarkan golongan tertentu.’’

Pelik! Siapa golongan tertentu mereka maksudkan tu? Hak asasi siapa yang ditekan? Institusi demokrasi mana yang dirampas? Nampak sangat mereka ni ‘buta’ soal apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang. Entah siapalah yang beri maklumat sampai mereka boleh buat kenyataan ‘sejahil’ itu.

Kesimpulannya kita tidak perlu layan desakan seumpama itu. Ini negara kita biar kita uruskan. Darurat diisytiharkan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Parlimen digantung bagi membolehkan tumpuan diberikan mengekang penularan Covid-19 bukan diganggu oleh mainan politik.

Setakat ini rakyat bebas ke mana sahaja-tiada perintah berkurung, rakyat boleh mengulas apa sahaja dalam media sosial – Internet tak disekat, pemimpin pembangkang terus boleh mengkritik dan mengecam kerajaan setiap hari – tiada siapa ditangkap, tentera terus bertugas dengan penuh bertanggungjawab – tiada orang awam atau warga asing dipukul.

Berdasarkan keadaan itu, kita ‘bimbang’ adakah 90 ahi Parlimen itu keliru antara darurat Malaysia dengan darurat Myanmar atau ubah nama negara sahaja kat kenyataan bersama? Tanya sahaja, jangan marah…UTV

90 Ahli Parlimen Dari 7 Negara Asean Gesa Parlimen Malaysia Kembali Bersidang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker