Suami isteri dera anak saudara direman seminggu

Pasangan suami isteri tiba di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin bagi mendapatkan perintah reman selepas disyaki mendera anak saudara perempuan berusia lapan tahun hingga maut.

IPOH – Pasangan suami isteri yang ditahan selepas disyaki mendera anak saudara mereka berusia lapan tahun hingga menyebabkan kematian direman selama tujuh hari.

Kedua-dua suspek berusia 40 tahun itu yang juga penjaga kanak-kanak perempuan terbabit direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah di Mahkamah Majistret Ipoh di sini pada Isnin.

Budak lapan tahun maut disyaki didera ibu, bapa saudara

Suspek wanita yang memakai pakaian lokap berwarna jingga itu tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.15 pagi manakala suaminya yang berpakaian baju-T berwarna biru dan seluar jeans.

Sinar Harian melaporkan pasangan terbabit ditahan polis di Taman Desa Pengkalan Bandaraya di sini pada Ahad, selepas disyaki mendera anak saudara mereka berusia lapan tahun.

Polis menerima laporan dari pegawai perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Mangsa dibawa oleh ambulans telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.45 pagi akibat didera.

Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah ‘multiple blunt injury’.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker