Harimau Malaya wajib juara Kumpulan F – Cklamovski

Harimau Malaya wajib juara Kumpulan F – Cklamovski

Harimau Malaya wajib juara Kumpulan F - Cklamovski
CKLAMOVSKI bersama Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend ketika pengumuman pemain. -FOTO FAM

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya tidak mempunyai pilihan apabila wajib menjuarai Kumpulan F dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 kali ini sekiranya berhasrat untuk beraksi di pentas tertinggi Asia itu nanti.

Perkara itu disuarakan pengendali negara, Peter Cklamovski yang mengakui ranjau berduri bakal ditempuhi anak didiknya, di mana Malaysia perlu menjuarai kumpulan untuk layak beraksi di Arab Saudi yang akan menjadi tuan rumah bagi edisi ke-19 itu.

Katanya, format kali ini jauh berbeza berbanding saingan sebelum ini yang menyaksikan skuad negara kendalian Kim Pan-gon layak ke Piala Asia 2023 di Qatar selaku lima pasukan naib juara terbaik di pusingan ketiga kelayakan lalu.

“Kali ini, tiada tempat kedua atau naib juara, kerana formatnya berbeza. Kita perlu menang, perlu menjadi juara kumpulan dan skuad ini adalah langkah pertama ke arah itu.

“Kami mahu membentuk pasukan yang boleh dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia, mendapatkan tiga mata pertama dan terus membina momentum,” kata Cklamovski yang dilantik pada Januari lalu.

Pada kempen kelayakan kali ini, skuad Harimau Malaya diletakkan dalam Kumpulan F bersama jaguh Asean iaitu Vietnam, Laos dan Nepal.

Berdasarkan perkiraan, Vietnam dilihat satu-satunya halangan terbesar buat pasukan negara dalam kelayakan ini.

Justeru, aksi pertama menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim pada 25 Mac ini adalah peluang terbaik buat Cklamovski meraih kemenangan sebagai tonik permulaan sebelum bertemu Vietnam dan Laos pada Jun nanti.

Sementara itu, Cklamovski mengesahkan tidak akan mengatur sebarang aksi persahabatan sepanjang tempoh kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan bermula pada Isnin ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah


“Kami tidak merancang untuk mengaturkan perlawanan persahabatan dalam kem ini, sebaliknya kami akan menggunakan masa di padang untuk latihan dan sesi dalaman.

“Bagaimanapun akan ada perlawanan latihan tertutup antara pemain skuad sendiri bagi memastikan semua konsep latihan diaplikasikan dengan baik sebelum berdepan Nepal,” katanya.

Harimau Malaya wajib juara Kumpulan F – Cklamovski

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker