Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan

Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan

Seorang lelaki warga emas cedera apabila ditikam anaknya selepas dipercayai terdengar bisikan dalam kejadian di Taman Sungai Isap Murni, Kuantan, Pahang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata suspek yang juga anak sulung menyerang sehingga berlaku pergelutan di hadapan rumah bapanya itu sebelum menikam mangsa menggunakan gunting.



Beliau berkata, tikaman itu menyebabkan mangsa cedera di belakang dan perut, dalam kejadian petang semalam.

“Kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya hendak keluar membeli barang keperluan,” katanya menurut laporan MalaysiaGazette.

Zahari berkata, suspek secara tiba-tiba menyerang sehingga tercetus pergelutan yang turut melibatkan isteri mangsa yang juga ibu suspek.

“Ketika itu, mangsa dan isteri melihat suspek memegang gunting dan semasa bergelut, suspek menikam mangsa di belakang dan perut,” katanya memaklumkan mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan.



Selepas menikam bapanya, suspek yang juga pemandu lori berusia 40 tahun masuk ke dalam rumah dan melarikan diri.

Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan mempunyai 19 rekod lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan suspek direman empat hari mulai 2 hingga 5 Dis, kata Zahari.

Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker