PRU-15: UMNO nafi tolak kerjasama dengan BERSATU, PN

UMNO menafikan laporan beberapa media yang mendakwa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan gabungan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Penerangan UMNO menegaskan, sebarang kenyataan berhubung keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO adalah tidak sahih, melainkan ia datang daripada kenyataan rasmi parti atau kepemimpinannya.

“Ibu pejabat (UMNO) memandang serius berita yang tular berkaitan keputusan mesyuarat MKT, kelmarin.



“Sebarang laporan, spekulasi dan kenyataan media lain tidak boleh dirujuk sebagai pendirian atau kenyataan rasmi parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beberapa media sebelum ini melaporkan pemimpin UMNO memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU dan PN pada PRU-15.

Laporan yang memetik sumber dalaman parti itu dikatakan hasil pertemuan kepemimpinan UMNO di Janda Baik, Pahang, kelmarin.

Keputusan itu dikatakan membawa kemungkinan UMNO akan bertanding atas tiket sendiri pada PRU akan datang.-BH



Gabung BN-PN: Ahmad Zahid ‘langgar’ keputusan MT – Sumber

Kemelut PN berdepan PRU-15



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker