Guru perlu jadi kumpulan pertama terima vaksin

Sekumpulan ahli parlimen pembangkang yang membentuk jawatankuasa pendidikan telah mengesan kelemahan dan kekangan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Ini jelas mereka dalam konteks membuat keputusan membuka kembali sesi persekolahan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, jawatankuasa itu juga turut menggesa kerajaan memberi keutamaan kepada kalangan guru untuk menerima suntikan vaksin.

“Kami turut mengambil maklum kelemahan-kelemahan dan kekangan pelaksanaan PdPR dalam konteks membuat keputusan membuka kembali sesi persekolahan.

“Dalam masa yang sama kami juga ingin menggesa KPM agar lebih teliti kerana ramai juga ibu bapa dan guru-guru yang tertanya-tanya apakah alasan utama untuk mereka kembali ke sekolah di kala pandemik masih belum benar-benar surut dan masih terdapat negeri dan kawasan yang dikategorikan sebagai zon merah.

“Kekalutan pengumuman tanpa alasan yang diberikan telah menimbulkan seribu satu persoalan di kalangan rakyat,” kata kenyataan itu yang ditandatangani bersama Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik yang juga bekas menteri pendidikan; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching (bekas timbalan menteri pendidikan), Ahli Parlimen Tampin Hasan Baharom.

Moral kanak-kanak turun ke tahap terendah jika sekolah ditangguh lagi, kata pakar

 

Moral kanak-kanak turun ke tahap terendah jika sekolah ditangguh lagi, kata pakar

Semalam, Menteri Pendidikan Radzi Jidin (gambar, atas) mengumumkan pembukaan sesi persekolah secara berperingkat bermula Mac ini.

Sesi persekolahan bagi murid prasekolah, murid tahun satu dan tahun dua akan bermula pada 1 Mac.

Sesi persekolahan murid tahun tiga, empat, lima dan enam pula bermula 8 Mac.

Bagi pelajar sekolah menengah sesi persekolahan akan bermula pada 4 dan 5 April.

Sementara melalui kenyataan, jawatankuasa itu turut mengemukakan beberapa cadangan kepada KPM untuk menambah baik sistem persekolah ketika musim Covid-19.

“Dalam masa sama, sekolah juga haruslah memberi ruang kepada guru untuk fokus mengajar ketika sekolah dibuka kelak.

“Semua tugas pentadbiran, pembinaan kertas kerja dan beban kerja kekemasan kelas tidak boleh menjadi keutamaan buat masa ini.

“Guru-guru dan kakitangan sekolah harus menjadi prioriti (golongan pertama) dalam program vaksin kerana saat sekolah beroperasi kembali, guru juga adalah frontliners yang berjuang untuk mendidik anak bangsa,” kata kenyataan itu lagi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker