Harga minyak dunia terus melonjak

LONDON: Harga minyak Brent melepasi AS$65 setong apabila cuaca sejuk luar biasa yang menjejaskan hampir 40 peratus pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat (AS) bertukar menjadi masalah bekalan global.

Niaga hadapan di London melonjak setinggi 1.8 peratus pada pembukaan selepas ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 13 bulan.

Kali terakhir penanda aras minyak mentah global diniagakan di atas AS$65 adalah pada 21 Januari 2020 sebelum COVID-19 mencetuskan gangguan terhadap pasaran tenaga.



Lebih empat juta tong output minyak AS kini terhenti sehari, demikian menurut peniaga dan eksekutif firma minyak, berikutan cuaca sejuk melampau yang menghentikan operasi telaga serta menyebabkan pemotongan kuasa elektrik secara meluas.

Beberapa gangguan di kemudahan penapisan menjejaskan permintaan minyak mentah di negara itu.

Bagaimanapun, penggunaan bahan api juga berkurangan kerana cuaca sejuk menyebabkan rakyat AS tidak keluar memandu.

Masalah bekalan menambah kepada ketindaktentuan pasaran minyak global dan mula mempengaruhi aliran tenaga global.



Menambah kepada trend peningkatan itu, Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan penurunan hampir enam juta tong simpanan minyak AS, sebelum data rasmi kerajaan dikeluarkan lewat hari ini.

Harga minyak mentah sudah meningkat 26 peratus tahun ini, apabila pemotongan output oleh Arab Saudi dan tinjuan permintaan yang bertambah baik memberi galakan kepada pelabur.

Ralinya terjejas seketika semalam susulan laporan Dow Jone yang memetik beberapa penasihat tidak dinamakan bahawa negara itu merancang meningkatkan output dalam beberapa bulan akan datang.

Ramai penganalisis menjangkakan Arab Saudi akan mengeluarkan lebih banyak minyak bermula April berikutan peningkatan harganya kebelakangan ini.



-Bloomberg

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker