“KAMI SEPERTI ADIK-BERADIK… KAMI TIDAKLAH SAMPAI PUTUS KAWAN” – FATHIA

Fathia & Zarina
Fathia & Zarina

“Hubungan kami seperti adik beradik. Ada masa okay, ada kala dingin. Ada fasa turun naik. Saya dan Zarina juga manusia biasa, berselisih faham menjadi adat dalam persahabatan.

Bagaimanapun, kami tidaklah sampai putus kawan. Zarina banyak mengajar saya mendapat kekuatan dalaman. Dia sering kali menasihatkan saya seperti apa yang selalu dilakukan dalam laman sosial.

“Jujurnya, saya merasakan Zarina adalah teman yang banyak memberi inspirasi. Banyak perkara yang boleh menyedarkan saya,” tutur pelakon Fathia Latiff.

Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, 34, memberitahu biarpun dua tahun hubungan dia dan sahabat baiknya, pelakon Zarina Anjoulie, 34, renggang, namun mereka tidak pernah putus sahabat.

Sekadar merajuk, berselisih faham dan bergaduh, itu perkara biasa dalam persahabatan yang sudah terjalin sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, perselisihan faham berlaku dua tahun lalu agak lama membuatkan hubungan mereka keruh dan dingin. Dilihat sering berbalas sindiran dalam laman Instagram (IG), namun hingga hari ini, khalayak tidak tahu punca pergaduhan tercetus.

Enggan mengungkit kisah lalu, Fathia berkata, dia bersyukur hubungannya dengan Zarina kembali jernih sungguhpun agak lama menjarakkan diri.

Dalam pada itu, Fathia tidak menafikan hubungan kembali jernih juga berkaitan dengan berita perceraian Zarina bersama bekas suami, Eilyas Azhar, hujung bulan lalu.

“Saya akui, berita perceraian Zarina membuatkan saya sedih. Macam mana kami bergaduh sekali pun, Zarina tetap sahabat, jadi saya agak terasa. Kami sudah lama berkawan. Sebagai sahabat tentunya saya prihatin terhadap nasib menimpa Zarina.

“Bagaimana kuat dan cekal berdepan episod perceraian, saya percaya Zarina memerlukan seorang kawan. Jadi, tak salah saya memulihkan hubungan dengan Zarina. Kami kejar semula apa yang ditinggalkan sebelum ini sebagai sahabat baik,” katanya.

Sejak awal bulan ini, Fathia dan Zarina mula berkongsi gambar dan video mereka meluangkan masa bersama. Terdahulu, pertemuan dua pelakon kontroversi itu dikongsikan pendandan rambut selebriti, Ridzokimura menerusi laman Instagram (IG).

Sementara itu, menerusi IG, Zarina mengatakan, dia dan Fathia bersahabat sudah lebih 10 tahun sudah pun bermaafan antara satu sama lain. Kini, persahabatan kembali jernih seperti sedia kala.

 

[VIDEO ]Kembali Berbaik – Aksi Fathia & Zarina Main Tiktok Buat Netizen Gembira

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker