[VIDEO] Isu logo Perak FC dapat perhatian Sultan Nazrin

PARIT: Isu logo Perak FC yang dikritik hebat oleh penyokong pasukan Perak mendapat perhatian Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sehingga baginda menasihatkan agar satu pertandingan mencipta logo diadakan.

Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed berkata, sehubungan itu satu pertandingan mencipta logo Perak FC akan dilancarkan hari ini dan pemilihan logo baharu akan dilakukan oleh panel penilaian terdiri daripada pelbagai pihak yang berpengetahuan, berkepentingan dan berminat.



Menurutnya, kemudiannya logo yang terpiliah sebagai pemenang akan diperakukan bagi pertimbangan dan persetujuan secara kolektif Jawatankuasa Perak FC sebelum diterima pakai sebagai logo rasmi Perak FC.

KHAIRUL Shahril Mohamed (kanan) dalam sidang akhbar mengenai logo Perak FC di Parit hari ini. – UTUSAN

“Setelah dipersembahkan reaksi daripada para penyokong yang kurang berminat dan tidak tertarik dengan logo yang dilancarkan oleh Perak FC, Sultan Perak menzahirkan titah nasihat agar maklum balas daripada penyokong didengari, dihormati dan diberikan perhatian.

“Dengan itu baginda menzahirkan titah nasihat sebaik-baiknya diadakan pertandingan mereka cipta logo Perak FC yang baharu yang dibuka penyertaannya kepada rakyat jelata.



“Pemilihan logo baharu tersebut hendaklah dilakukan panel penilaian terdiri daripada pelbagai pihak yang berpengetahuan, berkepentingan dan berminat, kemudiannya diperakukan bagi pertimbangan dan persetujuan secara kolektif Jawatankuasa Perak FC sebelum diterima pakai sebagai logo FC,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, berkata, Sultan Nazrin turut menzahirkan titah peringatan bahawa sukan bola sepak ialah sukan yang mempunyai paling ramai peminat di negara ini, oleh itu suara rakyat dan pilihan rakyat wajib diperoleh, dihormati dan dihargai.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker