‘Penat Besarkan Anak, Orang Kikis’ – Ibu Aiman Tino Digelar Mertua Dari Neraka
Ibu kepada penyanyi Aiman Tino, Hazelina Mat Jalil menyelar kenyataan seorang netizen yang melabel dirinya sebagai ‘mertua dari neraka’ gara-gara menyibuk dengan urusan anaknya.
Menerusi Instagram, Hazelina turut menyatakan apa yang dilakukan selama ini demi masa depan anak tersayang.
Malah, Hazelina turut meluahkan rasa kecewa kerana ada susah payah membesarkan anak-anak pasti menjadi perkara menyakitkan akibat perbuatan pihak lain.
“Ciri-ciri mak mertua dari neraka. Nasiblah siapa yang sangkut dengan famili makcik. Ngeri,” tulis seorang netizen kepada ibu kepada pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu.
Hazelina kemudian membalas dengan memuat naik tangkap layar itu di Instagram:
“Tak kenal maka tak cinta. Neraka itu kau, anak aku, aku nak bawa ke syurga.
“Sudah ada anak nanti baru dapat rasa. Penat besarkan anak, lepas itu orang kikis.”
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Hazelina menerusi Instagramnya terkilan dengan sikap anaknya yang dikatakan mula berubah selepas mengenali seorang wanita bernama Fara Hanis.
[VIDEO] Aiman Tino Mohon Maaf, Perjelaskan Wanita Yang Dimaksudkan Ibu…
Dalam pendedahannya, Hazelina memberi bayangan seolah-olah kehidupan pelantun lagu Dendam Simpati itu dikongkong oleh seorang wanita.
Aiman atau nama lengkapnya, Mohammad Aiman Yusri, 23, kemudian tampil memohon maaf, sekali gus menjernihkan keadaan dan punca kehilangan sebagimana didakwa ibunya.
Kata Aiman, apa yang berlaku disebabkan salah faham dan mengakui perkara tersebut berpunca daripada kesilapan sendiri. – K! ONLINE
You must be logged in to post a comment.