Bujang 80 Tahun Temui Jodoh

Beijing: Biarpun sudah berusia 80 tahun seorang lelaki masih mampu menamatkan status bujangnya.

Lelaki bernama Mu berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Zhu berusia 42 tahun yang sebelum ini pelanggan di klinik ubat tradisionalnya.

Apa yang menjadi tumpuan, Mu berkerusi roda pada hari perkahwinannya kerana sudah tidak berupaya untuk berjalan.

Pasangan itu bertemu ketika wanita itu datang merawat anak lelakinya yang mengalami masalah pada bahagian kaki.

Hasil rawatan Mu, anak lelaki wanita itu kembali pulih menyebabkan mereka mula rapat dan menjalin hubungan.

Pasangan itu diraikan dalam satu majlis yang meriah dengan mereka menggayakan busana tradisional.

Zhu ketika berucap kepada tetamu berharap akan menghabiskan hidupnya bersama Mu.

“Saya harap dapat hidup bersama Mu sehingga akhir hayat,” katanya.

Namun di sebalik kegembiraan itu, ada rakan Mu mendakwa wanita itu berkahwin kerana kemampuan kewangan lelaki itu yang mempunyai perniagaan ubat tradisional.

“Jika dia tidak memiliki perniagaan seperti itu, tidak mungkin dia akan terima lelaki seusia bapanya,” katanya.

‘Wanita jadian’ perdaya 40 lelaki

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker