Sarawak tolak perintah persekutuan longgar SOP kuarantin untuk menteri

KUCHING: Sarawak tidak akan mengikut keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membenarkan menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara menjalani pemerhatian hanya selama tiga hari.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Dr Sim Kui Hian berkata, siapa saja yang memasuki Sarawak masih perlu menjalani kuarantin 14 hari di hotel atau pusat yang ditentukan.

“Dasar masih sama: mereka yang pulang dari luar negara perlu dikuarantin selama 14 hari dan ujian swab akan dibuat pada hari ke-10, tidak kira sama ada mereka menteri, YB atau VIP,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, jawatankuasa pengurusan bencana Sarawak akan meminta nasihat pakar perubatan sebelum memutuskan untuk membuat perubahan pada dasar kuarantin berkenaan.

Beliau menjawab kepada satu perintah ditandatangani Menteri Kesihatan Dr Adham Baba yang mengatakan menteri yang kembali dari lawatan rasmi luar negara sekarang diwajibkan menjalani pemerhatian hanya selama tiga hari atau pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

Peraturan baru itu terkandung dalam dokumen perintah yang berkuatkuasa mulai semalam hingga 1 Ogos. Peraturan itu diterbitkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan semalam bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

KDN mungkin haram buku Tommy Thomas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker