KDN mungkin haram buku Tommy Thomas



Sebaran :

Buku tulisan bekas peguam negara Tommy Thomas “My Story: Justice in The Wilderness” kini dalam pemerhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan mungkin diharamkan jika diputuskan menteri.

Sumber KDN memberitahu FMT, buku itu diteliti oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN.

“Mereka sedang siapkan laporan untuk diserahkan kepada menteri. Pihak menteri mempunyai kuasa untuk mengarahkan buku itu diharamkan,” katanya ringkas.



Semalam, bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali membuat laporan polis terhadap Thomas atas dakwaan melakukan tiga kesalahan bawah Kanun Keseksaan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Apandi berkata, Thomas turut mendedahkan beberapa perkara sulit yang masih tertakluk bawah undang-undang kerahsiaan negara, termasuk perbincangan dalam mesyuarat Kabinet dan urusan berkaitan jawatannya selaku peguam negara ketika itu.

Beliau berkata, pendedahan Thomas merupakan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan.



Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata, kertas siasatan sudah dibuka terhadap Thomas berhubung dakwaan memfitnah.

Katanya, ia selepas polis menerima laporan daripada bekas pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Mohamad Hanafiah Zakaria dan akan memanggil Thomas dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.


Sebaran :


Leave a Reply