PKP: Sewa vila sambut hari lahir, 17 dikompaun


LANGKAWI – Polis mengeluarkan kompaun kepada 17 individu kerana mengadakan sambutan hari lahir semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sebuah vila di Ulu Melaka, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata, anggotanya yang membuat rondaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) PKP dipatuhi, telah mengesan kehadiran sejumlah kenderaan yang banyak serta bunyi bising dari vila tersebut, pada jam 1 pagi.

“Semasa pemeriksaan, terdapat 13 lelaki dan empat wanita warga tempatan berumur lingkungan 18 hingga 32 tahun, di dalam vila tersebut.

“Kumpulan tersebut yang tinggal di sekitar pulau ini telah menyewa vila tersebut, untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir seorang rakan mereka. Bagaimanapun ketika pemeriksaan, rakan yang diraikan itu tidak berada di lokasi tersebut kerana pulang sebentar ke rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.



Shariman berkata semua yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Kuah untuk proses dokumentasi dan masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang, sebelum dibebaskan.

“Saringan air kencing ke atas mereka juga didapati negatif,” katanya. Bernama

Lelaki didakwa jadikan kekasih hamba seks hingga anak lahir dibebaskan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker